MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Agama :: Al-Ain ( mata jahat ) #1




Sering kali kita mendengar Hijab terbuka, nampak benda-benda halus. Macam cerita Al-Hijab tu, kan hijab ( Al-Ain ) dia terbuka sebab tak takutkan hantu atau benda halus. Tujuan hijab ni dibuka untuk melihat makhluk-makhluk halus yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Secara purata, hanya 2 dari 50 orang boleh nampak disebabkan makhluk ni mampu mengugat keimanan dan kekuatan hati kita. Hanya yang kuat iman dan semangat boleh bertahan tetapi kebanyakan yang lemah akan teringat lantas makhluk tu senang nak 'masuk' dalam diri kita.

Kita kena selalu ingatkan orang yang lemah semangat dari terus lemah dan membiarkan benda tu mengawal kita sebab makhluk tu paling takut dengan beberapa ayat suci Al-Quran. Pasti ramai nak tahu dengan lanjut apa sebenarnya Al-'Ain ni, macam mana rupanya, macam mana nak atasi. Saya ada sedikit ilmu tentang ni dan InSyaa Allah saya akan sampaikan dengan jelas.

Serangan Pandangan Mata Jahat ( al-'Ain )
Hakikat Al-'Ain
Rasululla S.A.W dilaporkan mengesahkan tentang al-'Ain ini dalam beberapa laporan, antaranya :


 استعينوا بالله تعالى من العين فأن العين حق
Maksudnya: " Mintalah pertolongan kepada Allah daripada al-'Ain (mata jahat) kerana al-'Ain itu adalah benar."                                              (Diriwayatkan daripada Aisyah)

العين حق ولو كان شيء سأبق القدرسبقتة العين وإذا أستغسلتم فأغسلوا 
 Maksudnya: " Al-'Ain adalah benar, jika ada sesuatu yang mendahului qadar, ia akan didahului oleh al-'Ain. Apabila kamu diminta bagi mandi, maka mandilah. "                      

                                                                                                            (Riwayat Muslim)


p/s : okaylah, sampai sini dulu muna cerita serba sedikit al-'Ain.. :) kalau ada tersilap atau kurang tepat, maafkan muna ye.. sebab muna masih belajar lagi tentang ni..

Sumber : Terapi Ruqyah ( Rohidzir Rais, m/s 25 & 26 )

Comments

Popular Posts