MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Akibat kata-kata manis, duit beribu melayang

Aku student lagi dan masih baru dalam kehidupan pengajian tinggi. Aku belajar sebab nak tingkatkan ilmu.. Tapi kerana satu perkara tak ada dalam diri, iaitu yakin dan berani, hidup aku musnah. Ceritanya bermula selepas aku keluar berjalan dengan kawan-kawan..

Seronok berjalan di bandar, kami semua ditegur oleh beberapa saleswomen dan salesmen.. Mereka jual produk untuk mengukuhkan bahasa asing. Dengar macam menarik tapi, akhirnya membawa kepada kerugian melampau.

Sedang saleswomen memberi aku 'taklimat' mengenai tawaran produk tersebut, aku berasa untuk tidak dan ingin membeli. Keliru.. Yelah, siapa tak nak belajar bahasa asing dengan sempurna kan? Lagi-lagi tawaran tu 'terhad' kononnya..

Sibuk cerita kelebihan itu ini, tanpa cerita sikit pun keburukan, aku seperti dipukau untuk mengambil produk tersebut. Aku berasa sangat bodoh dan serba salah kerana aku telah menandatangani kontrak tersebut. Aku tak bincang dengan keluarga, bayaran tanpa bunga katanya.

Sebelum menandatangan kontrak tersebut, dia suruh aku baca perjanjian tu dulu.. Tapi rasa macam bodoh je bila aku nak baca, dia memekak lagi dengan produk tu. Rasa nak tampar je masa tu.. Tapi fikir dia lagi tua dan aku pun terlalu percaya kata saleswomen tu, aku tandatangan cepat-cepat..

Seminggu berlalu dan aku bayar ikut perjanjian.. Tapi selang sebulan, pihak produk tersebut menggunakan nombor telefon berlainan.. Tak ada nombor syarikat langsung ke? Miskin betul.. Jual produk sampai RM2000, tapi takkan syarikat tak ada? Nombor syarikat tak ada?

Masa tu aku masih bayar lagi, tapi selepas aku penat membayar, aku abaikan dulu. Aku ingat nak tangguh, lagi-lagi aku orang susah. Aku tak ada duit nak bayar, duit belanja aku sebulan 200-300.. Bayar dalam 110.. Takkan aku nak makan pasir??

Dalam 8 bulan, aku tak bayar, bunga jalan.. Dah macam ah long kot.. Tiap-tiap bulan dia call, mesej. Aku rasa muak tengok nombor diorang SENTIASA bertukar.. Setiap kali tukar, sampai aku kata tunggu pinjaman. Mereka langsung tak faham bahasa, paksa dan terus paksa..

Kawan aku pun tertipu, hampir RM3000 dia kena bayar. Ada juga aku dengar sampai RM5000.. Padahal harga asal baru RM2000.. Menipu lah tu kalau sampai 3-5 ribu.. Dah makan duit haram.. Yang jual semua orang Islam, malu kot.. Kutip hutang, tak faham bahasa.. Hutang keliling pinggang, dan aku anggarkan 880 aku kena bayar..

Tangguh dan tangguh, boleh cecah seribu, untuk bunga sahaja.. Aku rasa nak sepak-sepak orang tu semua, kau semua dah tipu aku dan umat Islam lain!! Kau kutip hutang bukan ikut harga asal, dan aku akan saman kau bila aku dah habis bayar! Itu lah aku ungkapkan hari-hari..

Aku memang nak bayar, tapi aku benci cara paksaan.. Aku harap korang baca cerita aku, korang ambil iktibar.. Jangan percaya dengan produk yang tak diperakui Kementerian Pengajian Malaysia.. Jangan percaya, cukuplah ramai umat Islam ditipu dengan kata-kata manis mereka..


** cerita ini berdasarkan pengalaman sebenar dan rakan muna cerita pada muna. Dia tak nak nyatakan produk tersebut tapi muna rasa baik muna cerita, LINGUAPHONE..  Kebanyakan orang-orang tua kat sini kata, jangan tertipu dengan produk tu.. Banyak dah muna search kat google, dan memang produk ni pandai memancing.. ==' macam apa je..

*** kalau pihak lingua baca entry aku ni, lagi aku suka.. sebab aku pun terkena! aku saman kau lingua! ingat kata-kata aku ni.. sebab kata-kata kau umpama nanah busuk pada aku!

baca info di, SINI (berita harian, 2011/12/09), SINI ( blogger )

Comments

Popular Posts