Lelaki tak suka perempuan mengada-ngada


Lelaki atau kaum Adam cukup benci wanita yang gedik, mengada-ngada untuk mengalih perhatina mereka.. Mungkin pada hakikatnya lelaki suka, tetapi sebenarnya lelaki cukup benci wanita macam ni.. Mereka berasa sangat rimas dan tak selesa dengan perangai tu. Lelaki yang ego jarang menunjukkan sikap tidak suka pada perangai dia, tetapi dia akan tunjukkan pada wanita tu bila dia dah tak tahan sangat..

Lelaki sama dengan perempuan, tak suka dikongkong, nak bebas.. Sebenarnya macam tu juga lelaki.. Tak suka dikongkong.. Ayat pertama member dia akan cakap, " eh, kau layan je ek pompuan macam tu.. tergedik-gedik.." , "Eh, menyampah lah aku dengan pompuan macam tu.. " , " "Pergh, gila gedik minah tu.. "

Kita sebagai wanita tidak suka orang kata macam tu dekat kita, kan? Tapi masih ada lagi wanita yang tergedik-gedik semata-mata nak tarik perhatian lelaki.. Dengan cara menggedik, mengungkit, menonjol dan banyak lagi..

Wahai wanita, berhenti menggedik dengan lelaki. Lelaki memang tak suka wanita macam tu, sebab lelaki sukakan wanita yang sopan, baik, jaga bahasa dan perbuatan.. Betul tak wahai lelaki? :)


You may also like

No comments:

All content in this website is strictly cannot be copied by anyone. 2010-2016 © munauwaratul.bs.my™. Powered by Blogger.