MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Jasamu... Ku hargai

Bismillah...
Assalamualaikum...


Salam maghrib...
Nampak tak gambar tu... Itu hiasan je.. :)

Okay, muna masih nak cerita mengenai kehilangan seorang pendidik di sekolah lama muna, Cikgu Samsuri bin Rasib.. Seorang guru disiplin yang tegas, kelakar, penyayang dan semua ada pada arwah...
Muna masih terkilan dengan berita ni.. Lepas baca status dari cikgu lain, muna bertambah sedih..
Kerana dia adalah guru sejarah muna masa muna tingkatan 5 dulu... Rotan, marah, semua tu muna dah biasa...
Muna kenal cikgu ni pun sejak join jadi pengawas...
Muna rapat dengan arwah dulu..  Selalu panggil muna, MONA... ehemm... :')
Rindu tu memang rindu... hampir 2 tahun tak berjumpa, namun muna dengar berita arwah meninggal pagi tadi...
Muna jumpa arwah kali terakhir pada tahun lepas masa nak beli barangan dapur...
Arwah pakai jubah putih masa tu, mesra.. Nampak muna je, nyanyi lagu.. diubah oleh arwah..
Mona..Mona..Mona..

Suara dia masih lagi muna ingat... Garang.. yang paling best, arwah ni tegas..
Arwah pantang nampak pelajar lelaki rambut panjang, nanti keluarlah guntingnya.. tak pun minta dekat sapa2 yang ada..
Setiap kali perhimpunan, arwah akan ronda area lelaki.. Tengok rambut... Lencana.. Kasut.. Semua lah..
Budak2 memang takut dengan arwah, tapi arwah steady...
Budak ni takut pasal kena gantung je.. Kalau hal lain, dah macam kawan..

Arwah terkenal dengan panggilan Papa Sam.. :')
Dialah bapa sekolah tu..
Kalau isteri dia call masa mengajar, sweet je..
Seingat muna, Pernah isteri dia jemput dia masa waktu kelas.. kira lagi 10 minit nak balik macam tu lah..
Kitorang dibagi kebebasan 5 minit untuk duduk dalam kelas dan boleh balik lepas tu..
Macam biasalah, ada budak degil.. :')

Arwah memang tak pernah memilih dalam makanan..
Dalam majalah sekolah, banyak gambar arwah...
Ya Allah, sekejap sungguh Engkau pinjamkan insan seperti itu kepada kami.. Kami bersyukur kerana arwah sempat mengajar kami.. Kami akan gunakan ilmu arwah untuk kami kelak... Amin..

Muna nak menangis, tak boleh.. Sebab arwah mesti sedih nanti...
Tengok anak muridnya sedih kerana pemergiannya...
Ya Allah, Engkau  kuatkanlah hati keluarga arwah Samsuri bin Rasib dan kami untuk menempuh hari seterusnya... Engkau sembuhkan lah Ustaz Zahari dari sakitnya.. Kami masih memerlukan pendidik seperti dia.. Amin..

Siapa tak sedih bila cikgu yang mengajar kita pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya..
Muna mungkin anak murid yang pemalas, tapi jasa arwah muna takkan pernah lupa.. Begitu juga dengan guru2 lain..
Tak sempat muna ucapkan selamat hari guru tempoh hari...
Muna rindu semua pendidik muna...

InSyaa Allah, muna akan berjaya dalam hidup... Amin...
May Allah bless his soul and place him into the peaceful place, Your Heaven.. Amin...

Comments

Popular Posts