#Review 1 Naruto The Movie : Road to Ninja

Assalamualaikum...



Naruto The Movie kali ni muna suka sangat-sangat... best dan sedih...
best sebab akhirnya Naruto mengeluarkan Kiyobi ( serigala ekor 9 ) dia..
Nak2 lawan dengan diri dia sendiri.. <-- macam mana tu??

begini ceritanya....
Satu hari naruto dan kawan sekelas nya dapat tugasan yang menyatakan ada laporan kumpulan Akatsuki muncul di pusat latihan Hokage ke-4, Minato ( ayah Naruto )..
Naruto tu kan jenis tergesa2, apa lagi.. dia attack terus kumpulan tu..
Dah habis lawan, diorang balik semula ke kampung Konoha.. Masa tu mak ayah kawan sekelas dia datang dan borak2.. Diorang semua setuju untuk daftarkan nama diorang, kecuali Naruto dalam ujian Jounin..
Masa tu Naruto nak tanya dekat mak kawan dia, tapi dia tak dilayan.. Naruto jadi sedih sebab mak ayah dia tak ada dan dia tak boleh jadi Jounin..

Masa nak balik tu, dia berhenti sekejap dekat taman permainan dan nampak budak2 dijemput maknya untuk balik.. Naruto pulang dengan rasa sedih.. Masuk je rumah dia, dia terbayang mak ayah dia ada dekat rumah.. Tapi, cuma sampah je tunggu dia pulang (hehehe, bilik dia sepah).. Dia pun mula rasa sunyi dan ajak Iruka-sensei untuk makan ramen..

Masa kat kedai ramen tu, dia macam luahkan perasaan, tapi Iruka-sensei nya langsung tak sedar.. Naruto minta izin dia untuk letakkan nama dia dekat borang latihan Jounin.. Cikgunya kata tak boleh.. sebab kena jadi Chunin dulu, Naruto baru tahap Genin ( ninja tahap 1 )... Iruka pun kata ayahnya dulu dah lepas semua tugasan, Genin, Chunin, Jounin dan akhirnya jadi Hokage dan akhirnya seorang hero.. Naruto pun menjawab, akhirnya jadi muka di gunung.. dan tak boleh ucap selamat pulang..

Iruka pun rasa ada sesuatu tak kena.. Ramen pun datang.. hehe.. Tapi kali ni Naruto memilih.. Dulu dia biasa beli ramen ada naruto ( sejenis makanan, bukan Naruto ninja ni ), tapi kali ni ada menma ( dibuat dari buluh kering, dan bermaksud sebatang pokok ).. Apa lagi, Naruto pu mengamuk kata dia tak suka menma dan dia kata tak ada naruto maknanya bukan ramen..

Dia balik dengan kekesalan dan kesunyian.. Masa dia nak melepasi rumah Sakura, dia terdengar Sajura bergaduh dengan mak dia.. Sakura pun keluar rumah dan terserempak dengan Naruto.. Dan2 tu juga Sakura ajak 'dating'.. Ditariknya tangan Naruto.. haha.. Sakura pun luahkan perasaan dekat Naruto di taman permainan.. Kata mak dia kongkong dia dan tak puas hati dengan semua yang Sakura buat.. Ayah Sakura pun tak pernah pertahankan dia.. Naruto kecewa dengan Sakura dan kata dia tak patut macam tu..

Tiba-tiba, Madara @ Tobi datang.... 

to be continued..


You may also like

No comments:

All content in this website is strictly cannot be copied by anyone. 2010-2016 © munauwaratul.bs.my™. Powered by Blogger.