MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



An architect or landscape auditors?

Bismillah...
Assalamualaikum...



Dulu, muna belajar aliran sains tulen. Tapi, like usual, it hard to take pure science.. Muna beruntung ambil pendidikan seni masa tingkatan 5 dulu.. Belajar biologi, fizik, kimia.. Sebab sekarang muna sedang meneruskan pelajaran dalam bidang pengurusan landskap.. Sebelum muna sambung belajar, muna juga seorang 'arkitek sementara'.. Maksudnya, muna pernah membuat dua pelan rumah ketika sedang menunggu masuk belajar..

Dua-dua menggunakan konsep moden.. Belajar daripada Majalah Laman dan Impiana..Mendapat ilham dari  majalah tersebut dan idea sendiri.. Akhirnya terhasil dua design rumah yang simple tapi moden. Penggunaan barangan rumah juga dititik beratkan dalam menghasilkan sebuah ruang moden.. Kekurangan barang atau bahan juga mempengaruhi sesebuah ruang tersebut..

Ramai orang menggunakan konsep moden, moden kontemporari, moden tropika, moden tradisional dll.. Namun, ada juga di antara mereka yang salah memilih item untuk perhiasan rumah..

Entry ni bukan muna nak cerita pasal rumah, tapi pasal diri muna. Sejak melibatkan diri dalam jurusan landskap, muna amat meminati hiasan rumah sehingga lah ke hiasan taman.. Muna ni belajar landskap bukan boleh jadi arkitek ke? Ye, muna boleh jadi arkitek dan banyak lagi. Sebab kursus yang muna pelajari sekarang ni bukan khusus pada landskap, tapi menyeluruh. Kepentingan belajar pengurusan ini perlu ada supaya wujudnya langkah berjaga-jaga semasa memilih item tertentu.

InSyaa Allah, habis belajar, muna akan kerja di RISDA dan bekerja sambilan membuat plan landskap segar.. Ameen... Perspektif kerja lepasan graduan landskap ini menyeluruh, dari arkitek, juru landskap sehingga kepada CEO atau Pengarah syarikat sendiri.

Usaha mendapatkan gelaran "Ar." itu mungkin susah, namun jika terletaknya usaha di paras yang tinggi, gelaran tu pasti akan dapat. Gelaran ini membuktikan bahawa seorang juru landskap berjaya mampu memegang projek-projek besar iaitu projek negara atau luar negara..

Seperti gelaran "Dr.", kita takkan dapat title tu tanpa belajar mengenai kesihatan dan sains kesihatan.. Sama juga dengan gelaran "Ar.", graduan ladskap yang berjaya mendapat title ini merupakan usahawan muda berjaya. Mungkin usahawan, jutawan.. Kerana tanggungjawab memegang projek besar diletakkan dibahu mereka..

InSyaa Allah, muna akan dapatkan gelaran tu dan akan menaik taraf kehidupan keluarga muna.. Ameen.. :)

Comments

Unknown said…
amin..semoga berjaya..

Popular Posts