MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Cerpen : Kasih Sehangat Cappucino #2

Bismillah...
Assalamualaikum....

Bab 2
Sebenarnya Izlan langsung tidak tahu tujuan aku ke Australia, aku ingin membuat kejutan kepadanya. Namun, Meen membuatkan aku rasa curiga dengan Izlan. Benarkah kata Meen? Aku ni Instagram pun tak ada, macam mana nak tahu betul ke tak berita ni? Takpa, esok aku install dan follow Izlan. Mungkin dia heroin dalam drama tu.
Keesokannya, kami teruskan perjalanan menuju Sydney untuk melawat satu tempat yang sangat terkenal, Blue Mountains. Kawasan hutan hujan mesra alam dan terdapat pelbagai spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kami tidak melepaskan peluang mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Namun, hati aku masih lagi risau benarkah apa yang dikatakan oleh Meen.
Aku mengambil keputusan untuk pulang ke hotel kerana hati yang semakin tak sedap. Aku cuba hubungi Izlan, tetapi hampa kerana telefonnya dimatikan. Haruskah aku berjumpa dengan dia? Aku harus berjumpa dengan dia! Belum sempat untuk aku menaiki teksi, aku terlihat kelibat pasangan kekasih dan bentuk badan jejaka itu seperti.... Izlan kah?
" Excuse me, err.. Sir. " aku tiba-tiba gugup untuk menegur kerana risau jika tersilap orang.
" Yes.. What .... " jejaka tersebut menoleh ke arah aku. Benar! Izlan di depan mata ku, sambil ...
" Apa awak buat? Kenapa awak peluk minah saleh ni?? " terus aku maki Izlan.
Sedih! Wanita mana yang tak sedih dan kecewa bila kekasih hati memeluk seorang gadis yang tidak dikenali? Mesra, seperti suami isteri.
" Min, what are you doing here? " Izlan terkejut melihat aku di hadapan matanya.
" I yang patut tanya. Who is she and who is she to you?? " aku tak dapat menahan amarah. Apa yang aku lihat dari ekor mata aku, gadis itu hanya gelak sahaja.
" She is my friend. Just friend ...." Izlan cuba menyembunyikan hal sebenar.
" Darling, I'm your wife right? Who is she darling? " gadis itu akhirnya bersuara.
" Your wife? Menarik, jadi selama ni saya emel awak, saya call awak. rupanya ada affair. Patutlah. " lebur! hancur hati aku. Terus aku menaiki teksi tanpa menoleh Izlan.
Sakit hati melampau. Aku rasa tak mampu nak bendung perasaan ni. Ya Allah, kau kuatkan lah hati hambaMu ini.. Tunjukkanlah pada aku siapa yang benar siapa yang silap, Amin. Doaku dalam hati. 
*********************************************
" Kak, tadi Meen dengan mama nampak abang Izlan. Tapi, siapa awek sebelah dia tu? "
" Entahlah. Kisah pula akak.. Haha.. Seronok tak kat Blue Mountains tadi? " sengaja menukar topik asal dari terus rasa sedih dan sakit dalam hati.
" Seronok sangat! Akak nak tahu? Meen terjumpa awek cun.. Terus Meen ngorat, and guess what?? " Sengaja Meen berteka teki dengan aku.
" Kenapa? Meen dapat ngorat ke? "
" Haha! Mestilah. Comel betul awek tu. Geram... "
" Kau ni, baru kenal. Dah over acting pula.. Mama mana? "
" Ada dekat bilik, tapi tadi Meen tengok mama macam tak nak balik. Ada ke nak duduk sana. " ngomel Meen.
" Ahah... Esok akak nak pergi Perth, nak beli barang sikit kat sana. Meen nak ikut? "
" Boleh! Nak cari cenderamata. Kawan Meen suruh beli apa-apa je barang dari Perth.. Haha.. "
Entah kenapa  tiba-tiba aku merasakan percutian di Australia sangat lama. Baru 3 hari berlalu dan aku terlalu seksa untuk terus duduk di sini. Nampaknya aku perlu buat keputusan lamaran tu! Kalau tak, Zahid akan tertunggu..
...bersambung...
Keputusan apa yang Min akan buat? Terima atau tolak? Apakah kesudahan kisah Min dan Izlan? Lupakan atau percaya kata-katanya? 

" Mama, kakak susah nak buat keputusan ni.. Tapi Min harap mama setuju dengan keputusan Min.. " ujar Min kepada mama. 

" Papa dengan mama setuju keputusan Min, asalkan Min buat keputusan yang betul dan tak tergesa-gesa. Papa tak nak anak papa merana kemudian hari. " papa bersuara lembut.

" Akak Min, maafkan Meen. Meen tak sengaja buat kakak sedih. " menitis air mata Meen.

Kenapa Meen menangis? Papa dan mama setuju kah dengan keputusan yang bakal dibuat oleh Min. Nantikan sambungannya...

FULLY IDEA FROM MUNAUWARATUL.BS.C
DO NOT COPY/STOLE MY IDEA

Comments

Popular Posts