MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Coklat homemade !!

Bismillah...
Assalamualaikum...




Dulu muna selalu gagal buat homemade coklat ni..
Pernah putus asa sebab benda kecil ni je.. :p
Puncanya, salah beli coklat..
Sebab muna baca satu je entry dalam blog orang, dan tak ada detail terperinci...
Cuma kata beli coklat, dan langkah-langkah pembikinan..

Okay, ini tips atau resipi kepada mereka yang newbie dalam nak buat coklat sendiri lantas boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan.. :) Harap membantu..

Barang yang perlu :
  • Coklat compund / coklat khas (contoh : Beryl's Gourmet, Colatte)
muna guna ni, Malaysia brand (sumber : google)



  • Bekas mould / bekas pelbagai bentuk.

sumber : google

sumber : google
  • bekas untuk cairkan coklat / double boiler ( muna tak pakai alat khas, tapi cuma pakai periuk dan mangkuk )
  • pewarna ( jika menginginkan coklat berwarna, gunakan coklat putih. Coklat beryl's juga menyediakan coklat berwanrna hijau epal dan merah strawberry)
  • badam, kacang, kismis, jem ( untuk diletakkan sebagai inti dalam) 
Cara pembikinan :
  1. Panaskan air untuk mencairkan coklat pada periuk / kuali / bekas double boiler yang bawah.
  2. Sementara menunggu, potong coklat compound kepada ketulan yang kecil supaya mudah untuk dicairkan. Jika dihiris pun lagi bagus. Atau beli coklat ompound jenis button.
  3. Selepas air mula panas, masukkan potongan coklat tadi dalam bekas lain / periuk kecil / mangkuk.
  4. Kacau rata dan pastikan air TIDAK masuk ke dalam bekas coklat untuk mengelakkan berlakunya pembekuan semula coklat.
  5. Selepas itu, masukkan dalam coklat mould pelbagai bentuk.*
  6. Kalau nak coklat pelbagai warna, letak dahulu coklat berwarna dibawah.**
  7. Bekukan dalam peti ais selama mana yang kita mahu. 5 minit pun dah cukup, tapi tak sedaplah kalau tak sejuk..
Nota tambahan :

*  - Kalau nak mudah, guna plastik yang dah di designkan. 
     - Kira macam plastik buat icing tu kan. Tapi muna pakai sudu je. Lagi senang. Kalau nak yang berwarna, elok guna plastik tu. Memudahkan kerja.
** - Tips ni amat penting! Jika anda nak buat coklat pelbagai warna, letak dahulu coklat berwarna dan bekukan dahulu.
       - Kalau nak mudah, celup dalam air sejuk kerana air sejuk mempercepatkan pembekuan. 
       - Okay, jika inti nak diletak macam kacang / kismis / jem senang je. Letak coklat dan benamkan je kismis / kacang tadi.
       - Tapi kalau jem (contoh, jem strawberry atau jem coklat ), buat coklat lapisan pertama dahulu.. Kemudian letakkan jem dan tutup dengan coklat lapisan baru. Muna belum cuba yang ni.. :p

Mudah kan? Hehe.. nampak macam banyak, tapi benda ni mudah je.. Semudah A,B,C..
Cuma masa nak cairkan, jangan terkena air atau air termasuk dalam adunan.. Nanti merana, macam muna. Haha.. Pernah muna buat, air termasuk dalam adunan.. Hameekk.. Beku separuh coklat tu.. Nak makan, memang kriuk kriuk, nak patah gigi... sebab tebal..

Anyway, good luck okay... :D

Comments

miss anis said…
wahh nampak sedap , teringin nak buat tapi takut tak jadi :(
Alien said…
Looks yummy!

Popular Posts