MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Cerpen : Kasih Sehangat Cappuccino #3

Bismillah...
Assalamualaikum....
Bab 3

Aku gagahkan langkah untuk memanggil mama dan papa ke ruang tamu namun aku merasakan 'perang' akan bermula. Ya! Aku takut, tapi aku harap keputusan ini betul. Aku sangat berharap mama dan papa terima keputusan walau apa yang terjadi. Kuatkan semangat, fuhh!

" Min, kenapa ni? Panggil mama dengan papa tiba-tiba je. Meen mana? Tak panggil? " ujar mama.

" Ma, pa. Tujuan kakak panggil ni nak buat keputusan tentang lamaran Zahid tempoh hari. Meen dah tidur ma. " separuh gugup pertuturan ku.

" Errmm.. Ha, apa keputusan Min? Dah fikir masak-masak? Papa tak nak anak kesayangan papa ni buat keputusan terburu-buru. " ujar papa.

" Kakak dah fikir masak-masak. Kakak dah solat tahajud dan kakak harap keputusan ni terbaik. Kakak terima lamaran Zahid... " belum sempat aku habiskan ayat, mama dah potong.

" Hah! Kakak terima! Alhamdulillah.. Papa, kakak terima. Tak sia-sia kita berdoa untuk dia pa. " mama separuh menjerit dan hampir menitiskan air mata kerana terlalu gembira.

" Ma, kakak terima tapi bersyarat. " aku cuba menenangkan mama dan cuba menghabiskan ayat tadi.

" Syarat? Nak kahwin pun bersyarat ke? Jangan kamu suruh dia lari satu padang sudah. " gurau papa.

" Syaratnya, Zahid kena ikut semua kehendak kakak bila nak bersanding nanti. Lokasinya, temanya dan paling penting, tak nak ada paparazzi. Sebab kakak rimas bila ada orang tak sepatutnya di majlis persandingan tu. " akhirnya, lengkap ayat tadi. fuh!

" Ala, kacang je tu. Ha, kita cepatkan percutian kita. Esok kita ke Perth, kemudian rehat sekejap dan terus balik Malaysia. Hari tu ibu Zahid ada call mama tanya keputusan tu. Nanti mama call ibu Zahid. Alhamdulillah, akhirnya mama dapat menantu. " menitis juga air mata mama.

Papa mengusap bahu mama dan tak semena-mena air mata papa juga jatuh. Air mata kegembiraan, tapi aku? Air mata sedih, gembira, sakit hati. Tapi yang pasti, air mata gembira. Dan aku tak tahu mengapa.

" Akak Min tak nak bincang dengan Meen pun. " Meen terjaga mungkin kerana mama menjerit tadi.

" Meen tidur kan? Takpelah, dah lewat malam ni. Jom tidur, esok kita nak ke Perth, enjoy habis-habis. " ujar mama.

*************************************

" Kak, Meen nak cakap sesuatu dekat akak. Penting. " Meen tiba-tiba masuk ke bilik aku tanpa mengetuk pintu.

" Ish, Meen ni. Nasib akak belum tidur. Ha, nak cakap apa? " segera aku ke birai katil dan duduk bersama Meen.

" Akak ingat tak masa Meen cakap jumpa Izlan tu? Masa tu Meen paksa dia cakap kenapa diamkan diri dan buat akak sedih. Izlan ada cakap dekat Meen, yang dia dah 3 bulan kahwin dengan Cheryl, perempuan yang akak nampak. Dia suruh Meen rahsiakan dari akak, tapi Meen kata Meen akan beritahu dekat akak. Dia merayu, tapi Meen tak dengar. Meen cakap, dia kena jauhkan diri dari akak sepanjang percutian ke Australia. Dia setuju, tapi dia ada tinggalkan pesanan dekat akak... " Meen semakin serba salah.

Aku rasa seperti ditipu hidup-hidup oleh Izlan. Kenapa Meen tak cakap awal-awal? Tak lah aku menaruh harapan tinggi pada Izlan. Tiba-tiba air mata mula bergenang, namun sempat aku lap.

" Dia tinggalkan pesanan apa? " nada suaraku bergetar menahan kesedihan.

" Dia kata dia sayangkan akak sangat, tapi dia terpaksa berkahwin dengan Cheryl tu sebab dia dah terlanjur. " Meen mula rasa sedih dengan sikapnya yang lambat beritahu pada kakaknya.

" Macam mana dia boleh terlanjur? Sebelum ni, dia baik. Hal-hal agama tak lupa. " separuh terkejut selepas Meen kata Izlan terlanjur.

" Macam ni, keluarga Izlan yang paksa selepas Cheryl muntah-muntah masa diorang makan malam bersama. Izlan mengaku dia silap, kerana mengejar glamor dan dunia, akhirnya dia tumpas dengan arak dan clubbing. Hampir sebulan selepas dia dapat shooting dekat Australia, dia lupa diri. Dia lupa agama, dia lupa semuanya. Yang dia tahu seronok dan akhirnya terlanjur, dia selalu minum arak bila kawan-kawan dia ajak pergi party. Parents dia marah dengan dia lepas nampak Izlan balik dalam keadaan mabuk. Sekarang dia nak berubah, Cheryl pun dah masuk Islam sebulan sebelum mereka kahwin. Cheryl hidup sebatang kara, keluarga tak ada. Mereka meninggal masa kemalangan ngeri dan Cheryl je terselamat dari kemalangan tu. Seminggu selepas tu Cheryl mula mengenali Izlan dan cuba mencuri hati Izlan. Cheryl tak sangka dia terlanjur dengan Izlan selepas mereka mabuk di sebuah party hari jadi kawan baik Cheryl. " Meen tak sanggup teruskan selepas melihat aku mula muram.

" Kak, okay tak ni? " Meen cuba mengalih topik.

" Okay je. Kenapa Izlan boleh terlanjur? Akak tak sangka Izlan berubah macam tu sekali. " akhirnya air mata aku jatuh, ye. Aku tak kuat.

" Akak, dia dah buat keputusan yang betul. Dia sanggup bertanggungjawab, tapi dia masih rasa serba salah dengan akak. Dia ada bagi barang dekat Meen semalam. Pasal Meen kata Meen ngorat awek tu, Meen tipu akak. Meen jumpa Izlan sebab Izlan nak bagi barang dekat akak. Kejap, Meen ambil kejap dalam bilik. " Meen segerakan langkah ke bilik dan mengambil barang tersebut.

" Nah, ini barangnya. Meen tak tahu barang apa, tapi macam berat je. "

Aku mengambil barang dan terus buka. Gambar, surat dan barang tanda ingatan kami. kain lap dari kedai cappuccino aku. Bertanda tangan dia dan ucapan, ' Kepada gadis yang ku sayang, simpanlah kain ini sebagai tanda cinta kita. Di sebuah kedai, kedai romantik, cappuccino. Milik awak. '
Air mata aku jatuh seperti hujan, laju. Inilah ayat pertama ketika dia luahkan perasaan kepada aku. Ya Allah, mengapa dia pergi dari hidup aku terlalu cepat? Masih banyak kenangan pahit yang belum dicipta, hanya banyak kenangan manis. Bagaimana aku ingin melupakan dia?
Meen beredar dari bilik aku selepas melihat aku hanya menangis dan tenung kain. Meen sempat berkata, " Kak, maafkan Meen. Meen tak nak akak terus mengharap dekat Izlan, dia pun dah berumah tangga. Akak pun dah nak kahwin dengan Zahid, Zahid pun ada call Meen. Dia nak buat kejutan dekat akak lepas balik dari Australia. Meen minta maaf, akak jangan sedih ye. Meen ada disisi kakak. Mama dan papa pun ada. " Meen pun keluar dari bilik aku.
..bersambung..
Aku sedih, tapi aku gembira kerana Izlan bertanggungjawab dengan Cheryl. Gadis yang baik, cantik. Tapi sayang, aku ditinggalkan begitu sahaja. Keputusan dah dibuat, aku akan balik ke Malaysia dan akan bergelar isteri Zahid. Sanggupkah Zahid terima syarat aku? Kenapa Zahid nak jumpa aku? Kejutan apa dia cuba buat? Aku harap kejutan yang mampu membuatkan aku lupa segala masalah.

" Awak, terima kasih sudi terima saya sebagai suami awak. Saya janji akan bahagiakan awak. " ujar Zahid.

" Zahid, saya harap awak faham keadaan saya. Saya harap awak tak paksa saya dalam sesuatu perkara. " ujar ku.

Nantikan bab akhir Kasih Sehangat Cappuccino.. Romantikkah perjalanan majlis perkahwinan Min dan Zahid? Pastina membuatkan anda cemburu dengan majlis mereka.

FULLY IDEA FROM MUNAUWARATUL.BS.C
DO NOT COPY/STEAL MY IDEA

Comments

Popular Posts