MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Cerpen : Kasih Sehangat Cappuccino #End

Bismillah...
Assalamualaikum....
Bab 4 ( Ending )

Hari ini kami ke Perth untuk mencari cenderamata buat kenangan di Malaysia, namun hari ini perjalanan kami agak janggal. Aku selalu bising ketika perjalanan, tapi hari ini aku terlalu senyap. Kereta sunyi, hanya kedengaran lagu di radio. Aku masih memikirkan tentang semalam, Izlan dan Cheryl.

Meen cuba menceriakan perjalanan, gurauan dia membuatkan aku geli hati. Walaupun dia adik angkat aku, tapi aku rasakan dia adik yang sangat baik. Ambil berat tentang kakaknya, walaupun kakaknya sedih. Terima kasih Meen kerana sudi hadir dalam hidup akak.

" Kak, cuba akak Min senyum? " pertanyaan Meen memecahkan khayalan aku.

" Ngee.. Senyum lah ni. " sambil tersenyum ke telinga.

" Ha, ini lah baru akak Min yang Meen kenal. Dari tadi muram, kang Meen ambil gambar, bagi dekat Zahid baru tahu. " ugut Meen.

" Hish, Meen ni. Akak mengantuk lah, jangan gatal nak bagi gambar muram akak dekat Zahid. Malu lah nanti. "

" Haha. Gurau je kak. Telefon berbunyi dari tadi tu, tak dengar ke? " Meen mengubah topik selepas mendengar telefon aku berdering kali ke berapa, aku pun tak pasti.

Ada 5 panggilan tidak dijawab, dari Zahid? Bila Zahid ada nombor telefon aku? Bila masa aku ada simpan nombor Zahid? Serta merta aku pandang Meen. Meen dari tadi tersenyum kambing, bertuah punya budak.

Sampai sahaja di Perth, Zahid call aku lagi sekali. Kali ni aku menjawab, dengan harapan Zahid bawa berita gembira. Eh, aku ni dah kenapa? Haha.

" Assalamualaikum, Zahid. Kenapa call? " jawabku

" Waalaikumsalam, Min. Tahu-tahu je ni saya, baru nak kenakan tadi. Haha. " Zahid gelak tanpa menghiraukan nada suaraku yang agak kasar.

" Erm.. Nak apa? " jawabku malas.

" Awak, saya nak awak ikut family awak tu. Tengok, dah kena tinggal, cepat kejar. " Hairan, macam mana Zahid tahu aku ditinggalkan keluarga aku? Dia ni ada kuasa ke?

" Zahid, macam mana awak tahu.. " soalan ku termati setelah melihat Zahid di depan mata.

" Hai,awak. Hehe. Surprise! Terkejut tak saya ada dekat sini? " segera ku tutup telefon dan perhatikan wajah di depan mata aku.

" Macam mana awak sampai ke sini? " tanyaku terkejut

" Naik kapal terbang lah, takkan naik basikal? " gurau Zahid.

" Zahid! Saya serius ni! " sambil mencubit lengan Zahid.

" Owch, sakitlah awak. Jom, ikut saya. Keluarga awak dah tunggu kat dalam restoran tu. " terus Zahid menarik tangan aku ke restoran.

Zahid duduk betul-betul di hadapan aku, malu nya! Kenapa dia ada dekat sini? Kacau daun betullah, baru nak sedih-sedih dekat Perth.

" Min nak makan apa? Hari ni Zahid belanja semua. " pelawa Zahid.

" Kami nak makan abang Zahid! Haha. " gurau Meen.

" Mama dan papa tak kisah, ikut perut Min je. hehe. " kali ni gurauan mama sedikit terasa.

" Ma, kakak makan ikut mama dengan papa ye. Bukan perut Min ni. " pura-pura merajuk dengan mama dan papa. Aku yang berbadan kecil ni dikatanya ikut perut. Makan banyak ke aku ni?

" Give me combo A and set A, as the drink, iced Lemon Tea. And I would like to add an ice-cream for 5. Thank you." Zahid akhirnya akur dan terus memilih makanan dari menu.

" Zahid, awak tak jawab soalan saya tadi. " aku separuh merajuk kerana soalan ku diabaikan begitu sahaja.

" Saya datang sini sebab nak buat kejutan dekat bakal isteri saya ni, takkan tak boleh? Lagipun, Meen.. " segera Meen menyampuk.

" Lagipun, Meen yang suruh abang Zahid datang. Kan? " ada yang tak kena. Kenapa Meen potong ni? Tak puas hati ni!

" Meen, akak arahkan Meen diam sekarang. Arahan permaisuri gurun Sahara. " ugutku.

" Haha. Meen cakap dekat saya yang awak bercuti ni muka masam je. Jadi saya terus beli tiket and here I am. In front of you, like it? " jelas Zahid.

************************************************

Usai makan, mama, papa dan Meen berjalan-jalan di kedai serbaneka berhampiran. Aku dan Zahid berjalan menuju ke tasik kerana ada sesuatu yang Zahid ingin luahkan.

" Awak, saya hargai keputusan awak kerana akhirnya awak terima saya. Dah lama saya tunggu peluang ni. " Zahid berterus terang dengan apa yang ingin dia sampaikan.

" Dah lama? Berapa lama tu? " aku sengaja bergurau kerana ingin melihat kejujuran dia.

" Sejak awal perkenalan kita, saya dah jatuh hati pada awak. Cuma saya tak ada keberanian nak luahkan, dan sekarang saya dah kumpul segala kekuatan untuk luahkannya. " terang Zahid.

Sejak awal perkenalan? 5 tahun dulu? Apakah?

" Saya bekerja dan 3 tahun lepas saya dapat tawaran berlakon watak utama dalam drama. Alhamdulillah, rezeki saya. Saya menjadi terkenal, duit pun bertambah. Dapat senangkan keluarga saya, dan bawa mak ayah saja pergi tunaikan haji. Selepas itu, saya nyatakan hasrat saya pada mereka untuk masuk minang awak. Selepas berusaha kumpul duit lagi, mereka pun masuk minang awak. Alhamdulillah, awak terima saya sebagai suami awak. Terima kasih banyak-banyak, Min. "

" Awak, betul ke suka saya masa awal perkenalan kita? " aku masih tidak percaya apa yang dikatakan Zahid sebentar tadi.

" Ye, Min. Kenapa? Teringat kekasih lama ke? Hihi. " gurau Zahid.

" Mana ada, cuma... Masa tu pun saya sukakan awak. " aku menahan malu kerana akhirnya dapat luahkan perasaan.

" Wah! Kiranya kita ni tak lah syok sendiri kan? Hehe. " segera ku cubit lengannya yang kental.

Zahid, lelaki pertama yang aku sayang sehingga sekarang. Izlan, aku berjaya melupakan dia. Aku berdoa supaya Izlan bahagia dengan isterinya, Cheryl. Sekarang, tiba masa aku pula yang berumah tangga. Setelah 23 tahun hidup, aku memilih untuk membina masjid. Zahid hanya tua 2 tahun dari aku, jadi tidak terlalu segan dengan faktor usia.

Perkenalan aku dan Zahid di sebuah kedai cappuccino milik aku, membawa kepada sebuah pintu gerbang perkahwinan. Memendam perasaan sayang dan cinta selama bertahun-tahun, akhirnya tercapai impian dua insan untuk sehidup semati bersama.

..TAMAT..

Ops, belum tamat.. :D ada special episode.. hehe... nantikan...

Comments

Popular Posts