MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Cerpen : Kasih Sehangat Cappuccino #Special Episode

Bismillah...
Assalamualaikum....
Special Episode
Seperti yang tertakluk pada syarat yang aku letakkan pada tempoh hari, tidak dibantah oleh Zahid. Warna tema perkahwinan kami, warna coklat dan krim bersempena cappuccino. Kami memilih tema seperti cerita Twilight, Garden. Romantik sangat. Kami memilih untuk jalankan majlis ini di rumah aku, kerana ruang taman yang sangat luas.

Paparazzi tak ada, yang ada hanyalah tetamu jemputan, pihak media. Wah! Media, glamor kau Min lepas ni. Dah jadi isteri pelakon dan penyanyi terkenal, gosip abaikan. hihi.

Suasana sangat meriah, umpama duduk di istana. Semua tetamu mengenakan pakaian formal, sesuai dengan tema perkahwinan kami.

Baju pengantin aku dibuat khas oleh tukang jahit terkenal, iaitu mama. Haha. Warna krim lembut, berlabuci di lengan dan dada. Tudung juga direka khas oleh mama. Semua direka oleh mama sendiri kerana aku satu-satunya anak perempuan mama.
Baju pengantin Zahid pula ditempah khas. Sampin coklat gelap, berbaju melayu krim lembut. Sangat kacak dan bergaya. Tengkoloknya juga ditempah khas. Semua idea dari Zahid yang hanya ingin tampak istimewa pada hari persandingan kami.
Namun, baju untuk sesi tengah hari juga telah sampai. Kami memilih pakaian tema English modern, ala-ala James Bond. Zahid mengenakan sepasang tuxedo hitam merah dan aku mengenakan gaun labuh merah hitam. Gaun aku diletakkan bunga ros sekeliling pinggang hingga bawah. Veil digunakan berwarna kelabu bercorak bunga.
Sangat cantik dan meriah. Aku juga terkejut melihat diri aku selepas di dandan. Pelbagai telatah aku lihat hari ini, ada yang menangis, ketawa. Namun, itulah yang memeriahkan majlis.
Sebelum majlis tamat, Zahid membuat kejutan. Aku pun tidak tahu dia ada rancangan tersendiri. Seperti yang aku katakan, tema seperti filem Twilight. Memang dia buat serupa! Ucapan dari ahli keluarga, tetamu terpilih dan Zahid. Aku turut mengupah beberapa jurukamera utuk merakam saat bahagia kami. Babak Zahid beri ucapan tidak akan aku lupakan sehingga akhir hayat aku. In Syaa Allah.
" Assalamualaikum. Ehem. Hai. Okay, first of all, I'd like to say thank you pada semua yang sudi datang ke majlis istimewa kami. Seperti yang anda lihat, ini semua hasil idea dari Min, isteri saya. Tema garden dan cappuccino, semua ni idea dia. Tapi, idea beri ucapan ni idea saya. Kira idea mengejut. Haha. " sempat bergurau pula suami aku ni.
" Namun, walaupun ini semua idea Min, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan sehingga ke hari ini dan menjadi suami isteri yang sah. Saya pendam perasaan cinta selama 5 tahun untuk luahkan pada kemudian hari. Mungkin berisiko, tapi pasti semua tak percaya. Kami berdua pendam perasaan yang sama selama bertahun-tahun. " hampir menitis air mata aku kerana terharu. Zahid pun begitu.
" Isteriku, Min. Abang harap perkahwinan kekal ke akhir hayat. In Syaa Allah sehingga ke syurga. Kasih kita sehangat cappuccino, dan disitulah perkenalan kita bermula. Abang janji, abang akan bahagiakan hidup Min dan abang harap Min akan bahagiakan abang. Biarlah orang kata kita itu ini, tapi percayalah. Cinta abang pada sayang, setia abang pada sayang. Semoga Allah melindungi perkahwinan kita. Amin. Kasih sehangat cappuccino, terima kasih sayang. Terima kasih Allah. "
Semua tepuk tangan dan sangat terharu dengan ucapan itu. Zahid datang ke arahku sambil mengajak aku berdiri. Aku akur dan kami diberi tepukan gemuruh.
Ya Allah, terima kasih untuk nikmat ini. Hamba bersyukur kepada-Mu kerana diberi peluang untuk mengahwini insan yang hamba cinta dari dulu. Terima kasih, Ya Allah.
" Kasih sehangat cappuccino, terima kasih abang. " aku berbisik ke telinga Zahid dan Zahid tersenyum.
Terima kasih Ya Allah..

Comments

Popular Posts