MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Semester break...

Bismillah...
Assalamualaikum....


Yeah... I'ts semester break after 6 days at home without doing something good..
Oh yeah, I do something good such as cooking... :p

Hari ni nak cerita sikit pasal apa terjadi sebelum bermulanya cuti semester...

6 November 2013

Hari ini bermulanya final exam muna, pada jam 2.30 petang.. Okay, paper pertama di hari ini sangat menggerunkan kerana muna tak berapa minat subjek ni.. Tapi subjek ni mudah sebenarnya sebab gabungan antara fizik, bio dan kimia.. Dulu muna pernah ambil subjek ni.. Nothing happen on this day, tapi Alhamdulillah dapat jawab dengan hati senang.. :)


8 November 2013

Kami satu bilik berusaha menyiapkan kesemua assignment terakhir CSC atau Penggunaan Landskap Berkomputer.. Kesemua assignment muna perlu burn dalam softcopy dan hardcopy.. Sabar jelah, lah duit pun tak berapa ado.. Lepas siap semua, Alhamdulillah, esok kami akan hantar (padahal tak hantar lagi).. Tapi, kami pergi print out assignment kami di Masjid Tanah, Melaka. Ye, suka lepak dekat Kafe Balqis dan muna order untuk makanan berbuka kawan bilik, ada sekali.. uoll kena try makan dekat Kafe Balqis (berhampiran Maybank dan Restoran) Masjid Tanah.. Chicken chop nya memang A+++ lah, murah pun murah.. Sedap nya... ummpphh, memang sedap...

10 November 2013

Hari ni jam 11 pagi muna ada paper CSC tu.. Alhamdulillah, berkat study last minit dan ingat kesemua jawapan dalam buku yang disediakan, muna dapat jawab.. Yelah, member muna kata tak payah baca sangat nota depan tu, baca je jawapan belakang.. Tup tup, soalan memang sama.. Muna ni dah la memang minat kerja berkomputer... Jam 11.30 muna dan member keluar..

Lepas tu tengok lecturer lain ke hulur ke hilir kata ada jawapan silap, tapi muna yakin jawapan tak silap. Untuk subjek ni, kami ada 2 lecturer mengajar subjek sama.. kumpulan 1-3 (kot) dan kumpulan 4-6.. Kami ni kelompok kumpulan 1-3, jadi memang mudah lah kami menjawab..

Tapi bagi kumpulan lain, mereka tidak disediakan buku latihan dan nota seperti kami. Mereka tidak faham beberapa soalan yang ada. Ye, pensyarah muna ada pesan. "Siapa yang faham dan tahu cara guna ketiga-tiga software,boleh lah jawab. Kalau kamu tak faham, saya tak boleh kata apalah. Bergantung pada pemahaman awak."

Alhamdulillah, muna faham ketiga-tiga software tu.. Tak sampai seminit, pensyarah tu nak jumpa kami nak cakap pasal assignment (gulp! tak hantar lagi ni..) bila kumpul semua student beliau, ramai rupanya tak hantar lagi.. Ada yang tak hantar dari assignment pertama. Untung pensyarah tu bagi peluang sehingga 13 haribulan. Dan2 tu jugak, kami hantar keesokkannya.. haha..


11 November 2013

Hari ni kami bercadang nak hantar assignment kami tu. Jadi kami pergi tebuk hardcopy yang dah di print (lupa daa nak tebuk).. Lepas tu kami pergi ke Kafe Balqis untuk beli makanan berbuka member bilik muna.. Muna order 2 makanan berbeza (melantak! haha..)

Ada 8 order yang kami buat, masa tu ada 3 orang.. Sorang dua dan kawan kepada member ada order sekali.. Jadi 8 order..Waktu masuk ke kolej pun jam 7, masa tu baru jam 5.17 petang.. Tunggu makanan siap memang lama sebab ramai orang. Ah, sempat ke. Tunggu punya tunggu, jam 6 siap..

Ada banyak masa lagi, kami pun pergi cucuk duit dekat Maybank (area situ je, depan kafe tu haa..) Masuk2, hameekk... Ramai beratur.. Kat situ ada 3 mesin, elok lah, 2 mesin tergendala.. Tinggal satu.. Orang depan kami ada 4 ke 3 orang macam tulah.. Lepas orang depan kami nak keluarkan duit, ada benda terjadi..

"Harap maaf. Mesin tergendala." Pergh, meletup lah... Orang depan kitorang pun kecewa.. Jam sudah menunjukkan jam 6.23 petang.. Kami pun putuskan nak pergi ke Alor Gajah untuk cucuk duit. Dalam perjalanan punya lah risau takut tak sempat. Muna pun yakinkan diorang yang kita sempat.. Alhamdulillah, jam 6.35 kami sampai.. Muna tak cucuk duit kot, muna gi kedai cari barang..

Kami pun balik, jam sampai ke kolej 6.45 petang.. Awal kan? hehe.. tapi lain jadinya..........
....
........
..........
Depan pondok pengawal tu ada orang atasan, ada warden, ramai pengawal. Salah sorang member muna pergi amik outing kad..Nak tahu apa pengawal tu cakap, "Hai, takkan beli barang assignment lama sangat." member cakap, "beli makanan sekali." pengawal tu pun balas, "kenapa tak beli kfc je?" membara hati kitorang dengar... Depan orang atasan, pegh!! Kalau muna ada, muna nak je cakap, "Pakcik pernah makan buku lima perempuan kolej ni tak?"

Ingat kitorg ni hadap sangat ke nak makan kfc tiap2 hari?? Baran lah kan Memang kitorg dah anti dengan mereka2 tu,.


12 November 2013

Hari ni paper muna mula jam 8.30 pagi.. Dengan tak siap apa2 lagi, memang haru lah kan... Tapi apa yang pensyarah ajar, ok.. Muna ingat.. Nothing special about this day... :D

13 November 2013 ( Final paper )

Hah, paper hari ni special... sangat2 special sampai muna nak sepak muka orang je..

Paper hari ni sangat senang dan mudah.. Alhamdulillah ,muna dapat jawab.. Muna jawab dalam 10 minit je.. Tapi 30 minit awal tak boleh keluar, jadi muna lepak2 dulu.. Paper kitorang memang start ngam2 2.30 petang..



Jam 3.35, muna dengan member nak keluar bilik peperiksaan.. Hah.. ini lagi satu cerita special....
.....
............
.......................
Muna kena dapat surat kesalahan (!!) what the........... 'Aku buat salah apa?' tengok bawah, "Kesalahan tidak memakai kasut bertutup di hari peperiksaan.." Kepala hangguk lutut dia!! Sampai sekarang muna ingat lagi muka pengawas tu.. Poyo sia.. Warden ada cakap, kalau tak ada kasut bertutup, kasut bertumit walau seinci pun tak pe... Ini?? Bertumit okay.. Apa lagi, muna isi dengan rasa tak puas hati. Dalam hati dah sumpah seranah dah.. ha, jahat dah masa tu,..


Member muna lagi kesian. Dia pakai jubah, obviously tak nampak pakai kasut apa. Tapi dia pakai kasut high heels.. Pengawas tu (perempuan) pergi tengok sampai nak terkeluar mata sebab nak tengok member muna pakai kasut apa.. (!!) ini lagi bangang.. Kau pergi tengok sampai macam tu aphal??

Memang satu bilik tu kena mana yang TAK PAKAI KASUT BERTUTUP.. Even penolong MPP pun pernah kena dengan pensyarah tu.. Tahu alasan pengawas tu apa?? "Saya ketua pengawas, suka hati saya lah nak buat apa. Dah awak tak baca peraturan menjawab peperiksaan tu kenapa?" kurang ajar sangat2..

Muna dengan member siap sumpah dia yang dia kena saman dengan polis lepas balik kerja. Hah, nak sangat tengok kitorang jahat. Mulut kitorang memang masin (tak tahu lah beliau kena ke tidak).. Last paper kena macam tu, pergh!! Sakit hati tak terkata.. Memang kitorang anti dengan orang tu.. Tau muna ngadu dekat sapa? Si dia, memandangkan kerja dia lagi tinggi dari beliau. Dia boleh ambil tindakan dekat orang bekerja bawah syarikat yang dia kerja..





*****************************************************

Hah, itu yang terjadi sepanjang minggu final.. Nanti muna buat entry pasal final presentation okay.. :D
Hati masih membara bila teringat kisah tu..

Comments

Popular Posts