MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Bab 1 : Bukan Kerana Rupa

Bismillah...
Assalamualaikum....


Jika dahulu, pasti sekarang aku sudah keluar bersama dia. Tapi kerana kesilapan yang mampu meragut maruah aku, aku harus melepaskan dia dari hidup aku. Walaupun dia sering memberi kata-kata semangat ketika bersama, aku tak sangka dia sanggup menipu aku dengan mencintai aku dan bersubahat dengan perogol bersiri.

'Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuh hari-hari tanpa mengingati insan yang cuba merosakkan hidup aku. Berilah pengajaran kepada dia. Amin.' doa Intan dalam hati.

"Ha, termenung lagi. Apa lah awak ni, dah berapa kali saya kata. Termenung tu jangan sampai tembus dinding. Apa awak nampak di sebalik dinding tu? Hehe." terjah Jannah.

"Aku nampak kau tengah kahwin dengan lelaki idaman kau. Ish, kau ni. Aku termenung pun salah." balas ku.

Jannah satu-satunya sahabat yang paling aku rapat dan sayang. Aku mula mengenal dia sejak aku mula-mula daftar ijazah sarjana muda. Impian kami sama, mempunyai butik pakaian sendiri dan sekarang dia bekerja di syarikat umi aku. Namun personaliti dia dan gaya dia benar-benar memberi kesan mendalam kepada aku, Jannah sangat gemar memakai purdah dan hanya aku sahaja pernah melihat wajahnya.

'Patutlah dalam Islam digalakkan memakai purdah bagi mengelakkan fitnah,  Jannah ni memang cantik. Bertuah Walid dan Ummi nya memiliki anak tunggal yang cantik.' sempat berbisik dalam hati.

"Berangan lagi lah tu. Intan, cuba nyatakan ciri-ciri lelaki idaman saya. Hehe.. Hadiah, tak ada. Tapi doa, supaya awak dapat jodoh dulu." tanya Jannah.

"Ye lah tu. Ciri-ciri lelaki idaman kau, mestilah yang soleh, mampu menjaga keluarganya dan keluarga kau termasuk kau. Kemudian, mestilah membimbing kau ke jalan yang diredhai. Betul tak?" jawabku dengan penuh yakin.

"Pandai. Big claps to my adorable friends, Intan." Jannah bersorak perlahan sambil menepuk tangannya. 

"Jannah, aku nak tanya boleh?"

"Boleh, silakan wahai sahabat." jawabnya lembut.

"Aku ni suka sangat dengan minat lelaki, macam motor, lumba. Agak-agak kau, salah tak kalau aku minat benda-benda macam tu?" tanya ku jujur.

"Intan, dalam Islam tak melarang kita sebagai wanita meminati apa yang lelaki suka, namun kita kenalah jaga batas kita. Pergaulan bebas tu kena dielakkan, dan jangan sampai kita alpa yang kita ni masih makluk-Nya walaupun kita seronok dengan minat kita. Jangan lah terlalu taksub dengan sesuatu benda sampai kita terlupa bahawa iman kita boleh berubah sekelip mata. Intan, Jannah sayang awak sebab awak lah selalu tolong saya ketika saya susah. Banyak pengorbanan dan jasa Intan sampai saya tak tahu nak balas macam mana. "

"Satu je aku minta Jannah, sentiasa berada disisi aku untuk terus menasihati aku. Aku belum cukup amalan tapi aku tahu, setiap nasihat kau pasti aku ingat sampai bila-bila. Kau sahabat aku dunia akhirat, Jannah." sebak hati aku mengingatkan diri yang tak sempurna.

Sekiranya anda ingin menyalin cerita ini dan diterbitkan di blog anda, sila hubungi Laila Syakira.
lailasyakira@yahoo.com
Jika terdapat cetakrompak, kami akan mengambil tindakan sepatutnya.

Comments

Cik Rose said…
Assalamualaikum... Salam kenal dari Kak Ros :)...

Popular Posts