MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Bab 2 : Bukan Kerana Rupa

Bismillah...
Assalamualaikum....


Aku dan Jannah bercadang untuk menyambung pendidikan kami, namun Jannah tidak mampu disebabkan Ummi nya risau keselamatan anaknya.

"Saya tak nak risaukan Ummi saya, Intan. Tak apa lah, saya pun dah ada ijazah. Cukup untuk menambah ilmu dunia ini. Lagipun, kalau kita berusaha untuk mengetahui sesuatu, pasti kita berjaya. Macam Albert Einstein, dia dulu suka buat sesuatu diluar pemikiran orang dan akhirnya dia menjadi seorang saintis terkenal." pujuk Jannah.

"Aku bukan apa, aku tak nak duduk dekat sini lama-lama. Dah lah banyak kenangan, lepas tu ada yang benci aku. Hish, serba tak kena dibuatnya." adu ku.

"Intan, awak ni baik. Saya tahu semua tu, tapi sampai bila nak lari? Saya pun dulu ada masalah, tapi lepas kenal awak, saya lupakan semua benda. Awaklah pembantu saya di dunia ni." ujar Jannah.

'Betul juga, tapi..' bisikku.

"Dah, tak ada tapi-tapi lagi Intan. Saya kenal sangat riak muka awak tu. Jom saya belanja awak shopping, cari tudung, baju untuk awak. Awak kata nak jadi macam saya kan? Hehe."

"Eh, aku belum sedia lah nak berpurdah. Kalau tudung labuh tu boleh lagi, tudung yang kau beli pun aku baru pakai sekali." terkejut apabila Jannah ingin membelikan aku tudung sepertinya.

"Haha. Gurau lah sahabat, jom pergi. Nanti boleh balik sebelum Maghrib." ajak Jannah.

"Okay madam!" gurau ku.

Comments

Popular Posts