MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Bukan kerana rupa (Sinopsis)

Bismillah...
Assalamualaikum....


Kisah suka duka seorang gadis yang ingin dicintai selepas dikecewakan dengan beberapa lelaki yang hampir memusnahkan hidupnya. Dia bukanlah gadis rupawan, namun sikap rendah dirinya membuatkan orang suka bergaul dengannya. Intan, gadis tomboi yang sukakan aktiviti lelaki sering merendah diri dengan harta yang dimilikinya.

Namun Intan tidak mengharapkan orang lain menghargai usaha baiknya sepanjang bekerja di syarikat rekaan baju milik ibunya. Dia sering disalaherti sebagai gadis sombong dan bongkak dengan harta miliknya dan perkara ini telah diketahui oleh bapanya, seorang karyawan.

Misha, gadis yang sering mencari kesalahan Intan amat mencemburui harta Intan. Misah merupakan anak seorang petani berjaya, namun dia mula menderhaka kepada kedua ibubapanya setelah diterima bekerja di syarikat ibu Intan.

Nick, jejaka bekerjaya yang memiliki paras rupa kacak dan maskulin. Dia telah membuka syarikatnya sendiri dengan hasil kerjasama syarikat ibu Intan, Datin Roslina, yang juga merupakan pemegang saham syarikat itu. Nick selalu merendahkan Intan dan sering bersikap dingin dengannya, sehinggalah Nick mengetahui bahawa Intan adalah anak pemegang saham syarikat beliau.

"Aku tak pernah sangka si tomboi pendek ni anak Datin Roslina. Ergh! Mesti dia mengadu dekat Datin." hati Nick mula bermenolog.

"Kau tak payah nak berlagak dengan aku ye perempuan! Ingat kau anak Dato' aku kisah?" tempak Misha.

"Abi, umi. Intan nak berhenti kerja dekat syarikat umi, Intan penat kena maki." adu Intan.

Mikail, jejaka yang mula menganggu hidup Intan sejak dia mengetahui Intan adalah anak orang berada. Dia mengambil kesempatan dengan mengajak Intan keluar dan berjanji menjaga Intan seumur hidupnya.

"Kau tolak permintaan aku! Aku akan balas dendam atas tindakan bodoh kau ni, Intan! Aku akan calarkan maruah kau sedikit demi sedikit." Mikail mengetap gigi.

Permintaan apakah yang ditolak oleh Intan? Mengapa Mikail sangat bencikan Intan? Intan mula serabut dengan hidupnya dan mengambil keputusan untuk belajar ke luar negara, namun apa pula kata ibubapanya? Ikuti kisah pendek ini yang dihasilkan oleh Laila Syakira.

*p/s : Laila Syakira adalah seorang gadis biasa, tak terkenal. :) Kawan muna dan dia nak kongsi cerita dia pada semua pembaca. Jadi, nantikan cerita dari beliau.. :D

Sekiranya anda ingin menyalin cerita ini dan diterbitkan di blog anda, sila hubungi Laila Syakira.
lailasyakira@yahoo.com
Jika terdapat cetakrompak, kami akan mengambil tindakan ke pihak atasan.

Comments

Popular Posts