Detik sebagai seorang wanita

Bismillah...
Assalamualaikum....


Semua wanita pasti menginginkan dirinya dilamar dan dipilih oleh insan yang mereka suka, sayang dan inginkan. Lelaki pula sangat bertuah kerana memiliki sikap berani untuk memilih pasangannya. Lelaki dan wanita sama-sama istimewa, namun apa yang paling istimewa buat wanita ialah seorang lelaki ingin menjadikannya sebagai suri / teman sepanjang hayatnya.

Wah!! Romantiknya...hehe.. bukan nak cerita pasal ayat cinta-cintun ni pasal tak reti sangat. Takut tersilap kata, tak ke naya.. :)

Muna cuma nak cerita, In Shaa Allah tahun depan akan dirisik olehnya.. Sebab tu berbunga-bunga je ayat.. hahaha.... Setelah 3 tahun si dia mengumpul keberanian , akhirnya dia menyatakan hasratnya untuk merisik muna tahun hadapan. Aik? Awal sangat tu.

Memang awal dan muda lagi, tapi dari terus menerus melakukan dosa kering (macam bermesej, bergayut dengan hal-hal tak penting), ada baiknya merisik dan bernikah. betul tak? Memandangkan ekonomi dan kos sara hidup makin meningkat, takkan nak tunggu 2020?

Muna tak kejar sangat cita-cita sebab cita-cita ingin menjadi seorang yang berjaya dalam hidup, bukan berjaya mendapatkan kerja yang bagus. Tak...semua nak kerja bagus, namun kos muna ambil sekarang adalah landskap dan nak naik dapatkan title "LAr." tu bertahun lamanya. jadi, muna nak berjaya dalam hidup dengan apa yang muna belajar dan naik dengan perlahan-lahan.

Banyak benda perlu dikejar? Betul, tapi nak kejarkan apa dekat atas dunia sementara ni? Kan elok kita sama-sama positif bahawa kiamat dah lama menanti kita. Kalau katakan kita tengah sibuk bermesej dengan si dia (boypreng), ada musibah alam. Meninggal, macam mana? Kita tak sempat bertaubat sebab kita terlalu leka dengan si dia yang belum ada hubungan sah lagi.

Muda lagi, tak terasa awal ke nak bernikah? Tak.. Dulu, mak ayah, nenek atok, moyang-moyang boleh je nikah usia 13 tahun. tapi dulu dan sekarang berbeza sangat. dulu kuih 5 sen dapat 2 ketul, air sirap 10sen. sekarang? air sirap pun dah seringgit. kuih pun 2 ringgit. mas kahwin? ada yang ikut darjat/pendidikan. Eh, mas kahwin yang pendidikan ni ada dalam Islam tapi tak lah tinggi sampai 50k. melampaulah kan? Jangan samakan nilai wang dengan maruah. Cukup ikut syarak dan nikah.

Duit tu dah ada ke? Duit tak ada ke; ada ke; tetap tak cukup, betul tak? Letakkan mas kahwin serendah-rendah mahar. Islam ajar kita macam tu bukan? Tak payah lah nak buat dekat hotel 10 bintang, buat dekat dewan orang ramai pun cukup. Hantaran tu jangan lah ambil yang branded, tak de orang pandang. Kita pakai, koyak, apa jadi? Buang. sama juga bukan? baik ambil yang murah tapi kualiti bagus. tak lah rugi. ini mahal-mahal tapi kualiti macam stok reject je.

Direstu ke belum? Alhamdulillah, dah dapat restu mak ayah. Restu tu penting sangat-sangat sebab itu merupakan kunci untuk kita bahagia ke alam perkahwinan.

Dah sedia memegang tanggungjawab sebagai isteri dan ibu? Alhamdulillah, mental dan fizikal dah sedia. Apa yang tak sedianya? Kalau kita dah mula rasa ada tanggungjawab pada adik, kenapa perlu menafikan yang kia tak sedia? Allah tahu segala-galanya..

Sambung belajar tak rasa terganggu ke? Tak pun, ini baru merisik, belum bernikah. Ambil masa sesuai berapa lama untuk bertunang dan nikah lah pada tarikh sesuai.

Sanggup ke si dia tanggung beri nafkah zahir dan batin? Takkan tak sanggup.. bila si dia mula menanam hasrat untuk menikahi wanita yang dia ingini, bermakna dia dah sedia dari segala aspek.

Sama-samalah positif ye... Ha, muna pun tak tahu apa jadi dengan entry ni. Bercampur.. lari dari cerita asal ni.. hahaha...


You may also like

No comments:

All content in this website is strictly cannot be copied by anyone. 2010-2016 © munauwaratul.bs.my™. Powered by Blogger.