MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Kemudahan di Kolej RISDA

Bismillah...
Assalamualaikum....


Muna buka fanpage blog dan terdapat seorang gadis memberi pendapat untuk berkongsi kemudahan di Kolej RISDA.. Terima kasih pada adik Syarah Wahidah kerana mengemukakan pendapat..:)

Seperti sedia maklum, kolej RISDA masih dalam proses untuk menaik taraf sistem kepada kolej universiti dan In Shaa Allah akan terlaksana tahun hadapan. Walaupun begitu, kolej RISDA kampus Melaka telah menaik taraf beberapa infrastruktur yang ada dan menambah beberapa bangunan untuk kemudahan pelajar dan pensyarah.



  • Asrama Dalam [Mawar (A)] dan Asrama Dalam [Seroja (B)]:-
- terdapat 3 aras di asrama mawar dan terdapat beberapa buah bilik disediakan di setiap aras.
- Aras 1, atas (A1-**/B1-**) : terdapat hampir 14 buah bilik dan memuatkan 56 orang di aras tersebut.
- Aras 2, tengah (A2-**/B2-**) : terdapat hampir 50 buah bilik termasuk bilik tv, stor dan memuatkan hampir 180 orang di aras tersebut. Aras 2 ini merupakan aras paling panjang dan besar berbanding aras 1 dan 3.
- Aras 3, bawah (A3-**/B3-**) : terdapat hampir 14 buah bilik dan memuatkan 56 orang keseluruhan.
- Tandas : disediakan disetiap aras. Aras 1 dan 3 terdapat 2 ruang bilik air di setiap penghujung aras ( 2 bilik mandi, 2 tandas, ruang mencuci baju ). Tandas di aras 2 pula terdapat 4 ruang bilik air di setiap penghujung aras ( 4 bilik mandi, 4 tandas, ruang mencuci baju )..
- Court : ruang kosong ditengah-tengah asrama untuk aktiviti riadah seperti bermain badminton, perjumpaan dll.
- Pintu masuk utama : mesin air minuman ringan turut disediakan.
- Internet : kemudahan wifi disediakan.
p/s : asrama seroja ni muna tak berapa tahu sangat memandangkan tak ramai kenalan dekat situ.. hehe..

  • Bilik
- 4 katil setiap satu bilik.
- Tilam sahaja disediakan, jadi bawa siap-siap bantal. Tentang cadar tu, bergantung pada warden. Sepanjang 3 semester duduk situ, cadar tak disediakan.
- 2 almari, 4 pintu. Laci ada 2, bawa siap2 hanger ye.. pewangi almari pun boleh..
- 4 meja, 4 kerusi. Laci juga ada, dinding boleh lah hias dengan apa-apa yang berfaedah..
  • Asrama Anggerik (jauh dari kolej, Simpang Ampat)
- hanya untuk lelaki.
- terdapat beberapa dorm disediakan dan setiap dorm ada television dan berenda (betul ke ni? hihi)
- wifi tidak pasti, sebab muna duduk asrama dalam.. hehe..

  • Asrama Samudera (tak pasti ada atau tidak, jauh dari kolej)
  • Asrama Teratai ( sama seperti anggerik, tapi campur.. Ada lah dorm lelaki dan perempuan )
  • Asrama Melur ( lelaki sahaja, Sijil Kemahiran Malaysia )


  • Ladang
- kesemua pelajar kolej kecuali pelajar landskap, sains komputer.
- tapak kini semakin luas.
- tidak jauh dari asrama.


  • Hall dan classroom (4 classroom, perpustakaan, 2 bilik hall, perkarangan hall)
- digunakan apabila ada majlis rasmi dan tidak rasmi.
- classroom ada 4, dan mampu memuatkan 40 orang pelajar dengan selesa.
- perpustakaan disediakan dan terdapat kemudahan wifi. banyak juga buku berguna.
- bilik hall yang luas dan mampu memuatkan 80-100 pelajar.
- bilik hall boleh digabungkan dan sering kali digunakan untuk majlis.
- tandas juga disediakan.


  • Makmal sains
- terdapat 4 makmal sains dan memuatkan lebih kurang 40 pelajar dengan selesa.
- berdekatan dengan pejabat dan hal ehwal pelajar.
- selesa juga duk sini. hehe


  • Bangunan baru
- muna tak pasti lagi ni bangunan untuk apa. sama ada pejabat atau bilik pensyarah memandangkan bangunan ni belum rasmi digunakan.
- erdapat 3 tingkat.


  • Ruang istirehat/legar
- terdapat ruang legar berhampiran pondok pengawal dan dahulunya diletakkan sebagai tapak parking bas.
- sini dekat depan kubur tau, hehehe...jangan lah lepak malam2 kalau tak nak kena ganggu... gurau je.. :p

  • Kemudahan bas kolej ( 5 buah bas, termasuk 2 bas baru ).
  • Kemudahan van kolej.
  • Bas persiaran juga disediakan jika nak keluar ke bandar melaka, balik kampung.
  • Teksi juga terdapat di kolej ini.
Mungkin ini je yang dapat disingkatkan. :) sebarang soalan, boleh diajukan diruangan komen. Jika terdapat kesilapan, boleh juga diperbetulkan.. :)

Bagi ada yang ingin berdaftar di Kolej RISDA Kampus Melaka, boleh rujuk sini --> Pendaftaran..

P/s : edited on 23 Julai 2018. Saya telah tamat belajar di sini, jadi untuk sebarang persoalan berkaitan universiti, boleh layari laman facebook rasmi UCAM . Berlaku beberapa perubahan selepas saya tamatkan pengajian di sana. ☺

Comments

Unknown said…
Awak sem brape...?
Muna said…
semester 4...:)
Unknown said…
Emm baju mula mula masuk nak pakai baju apa bagi lelaki
Unknown said…
Emm nak tanya kalau lelaki nak pakai kemeja eah mula mula masuk??
Muna said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
nak tanya, sebab saya masuk bulan 7 nanti , amik sijil sains pertanian, nak tanya dorm lelaki apa kelengakapan ada ya ?
Muna said…
sama macam dorm wanita... ada 3 aras dan setiap aras ada bilik.. setiap bilik ada kelengkapan spt almari, katil (tilam sekali,bantal tak pasti), meja & kerusi.. :)

Ada juga court disediakan untuk riadah petang..
Unknown said…
sebarnya banyak nak tau . sebab dekat laman web kolej risda tak ada geleri gambar. susah jgak
Unknown said…
Sebenarnya. banyak nak tanya . sebab tak ada geleri gambar dkt kolej risda.
Muna said…
ohh.... :) tak mesej through fb ke apa? boleh tolong jawab...
Unknown said…
Boleh jugak. nama fb. nanti nak add. :)
Muna said…
http://www.facebook.com/munauwaratul


:)
Muna said…
seeloknya kemeja...
jasmine said…
Saya baru dapat tawaran kat sini . Kos landskap . Masuk bulan 6 . Apa pandangan akak tentangnya?
jasmine said…
Saya baru dapat tawaran kat sini . Kos landskap . Masuk bulan 6 . Apa pandangan akak tentangnya?
jasmine said…
Saya baru dapat tawaran kat sini . Kos landskap . Masuk bulan 6 . Apa pandangan akak tentangnya?
Muna said…
bagi akak, kalau adik berminat dalam kos landskap (atendan landskap), boleh je adik masuk... InShaa Allah... :)
Anonymous said…
seriously....dekat dngan kubur...oh my god.............
mencari apa said…
Ade mesin atm x? Kalo xde, bank ape yg berdekatan?
Muna said…
ada... CIMB atm... berdekatan pula bank rakyat.. dan kalau tak nak, kena pergi pekan... ada CIMB, Maybank, Tabung Haji, Agro Bank
Muna said…
haha....takde benda pun kubrnya... kelas berjauhan dari kubur
Herokecik_ said…
Macam ni la kak, saya nak tau keadaan kelas dan asrama sahaja tentang uni kolej agroscience malaysia ni. Nama baru for kolej ni kan ? Ha saya dapat course dip in english of communication. Saya nj jenis lembut sikit. Rasa bersesuaian ke dengan keadaan ?
Muna said…
yup... hihi...jangan risau dikk... persekitaran kolej ni macam kampus dalam kampung... kolej ni macam boleh buat kolej sendiri since the environment nya tak crowded macam university lain.. :)

ramai student macam adik kat kolej tu.. jadi, jangan risau... Warden atau fellow kat situ sangat prihatin dengan pelajarnya..
Anonymous said…
kat sana belajar pakai baju formal(baju kurung) or pakai baju biasa
Muna said…
Isnin diwajibkan memakai formal... 😊 hari2 biasa, dibenarkan berpakaian lain..asalkan tidak melanggar etika pemaakaian
Anonymous said…
Dengarnya utk pelajar lelaki... sem 3 dah kena stay kat luar asrama...betul ke? Camna nak stay kat asrama? Kena aktif sukan ke atau lain2?
Muna said…
bergantung pada fellow, sebab tu terms senior dulu-dulu. Jadi menurut saya, adalah baik bertanya sendiri pada fellow... :)
Frankzer Robert said…
Hi kak.. Saya dari sabah dan dapat tawaran untuk kemasukan program ijazah dari UCAM. Saya just curious kak tentang bangunan baru tu. Adakah bangunan tu dewan ataupun tempat lecturer sahaja?. Dan tempat belajar nanti d kolej risda atau di bangunan baru tu?. Dan satu lg tentang pembiayaan ptptn. Masa payment fee tu untuk tiap sem, ada tak bali lebih untuk duit poket? hehe.. Cafe? Pelajar lain dari sabah ada tak yg study dkt ucam?
Unknown said…
Assalammualaikum kak. Saya nk Tanya kos sains pertanian dgn perniagaan tani mana yg okay?
Anonymous said…
Assalammualaikum kak. Saya nk Tanya kos sains pertanian dgn perniagaan tani mana yg okay?
Unknown said…
Assalamualaikum..nak tanya ni..
dekat UCAM tu BANK apa yang ada ye?
Bank Islam,CIMB ke camne tu???
Mohon jawapan ye....
Anonymous said…
Peluang pekerjaan macamana..
Program peniagaan dan pengurusan luar bandar
Muna said…
Setakat 2015, ada CIMB bank sahaja. maaf ye, sebab saya pun dah lama tak singgah ke sana. :)
Muna said…
Peluang pekerjaan ni adalah bergantung pada kemahiran dan rezeki kita. Kalau kita masuk pada sektor yang tepat dengan pengajian kita, In Shaa Allah kita mampu mendapatkan pekerjaan bersesuaian dengan kelayakan kita.
Unknown said…
Nk no awak sbb sy nk tanya dgn lebih lanjut mengenai ucam
Muna said…
Untuk sebarang persoalan boleh lawati laman facebook UCAM link seperti tertera di atas sekali. Ini kerana saya telah tamat pelajaran di sana dan beberapa perubahan telah dilakukan oleh pihak universiti itu sendiri. ☺ In Shaa Allah, pihak admin UCAM akan jawab.
Anonymous said…
Salam kak.. sy nak msuk ucam nnti.. nak tnye.. klau kenderaan pegi kelas disediakan x ? Jauh sgat ke dari hostel? Atau wajib bwak kenderaan sendiri ?.. hehe
Muna said…
Waalaikumussalam... seeloknya bawa lah untuk kemudahan sendiri.. hostel ada yang jauh, ada disediakan bas/van oleh pihak UCAM. 😄 kelas ada yang dekat jauh..hihi..standard universiti.

Popular Posts