MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Busy Designing !!

Bismillah...
Assalamualaikum....


Kabur sikit kan gambar? :D
Haha,tapi rasanya siapa ada tengok contoh doodle married saya share tempoh hari, dapat bayangkanlah macam mana designnya.. Ini baru design sahaja, segala benda hal tentang kad jemputan, doorgift, hantaran dan sebagainya disiapkan awal memandangkan tahun hadapan merupakan tahun paling sibuk.

Nak praktikal lagi, cari duit lagi, bahagi duit untuk majlis akan datang. Walaupun kerja merekabentuk ini tidak mengambil masa berbulan-bulan, namun jikalau terdapatnya kekangan masa, takkan nak tunggu orang buatkan. Since everything now is payed, why not I spend my time then spend my money for thing that I can do by myself.

Benda merekacipta ni mudah, bayangkan atau fikirkan rekaan kita nak cukup buat kita puas hati dengan design kita. Mungkin ada segelintir berkata masa tu banyak lagi memandangkan tahun hadapan (berkemungkinan) majlis ini berlangsung, tapi kita rancang dahulu buat masa ini.

Saya bukanlah orang berkemampuan dalam semua aspek, cukuplah keperluan diri. Sebab tu kena berusaha untuk mengambil atau menggunakan kelebihan sedia ada. Tak sia-sia pun kita bazirkan masa menghadap laptop/PC/netbook untuk mencipta atau mereka produk kita sendiri.

Mungkin rekaan saya masih mentah dan nampak kekurangannya, apa salahnya kita berusaha lagi dan perbaiki setiap inci rekaan tadi. Ramai yang tidak sedar bahawa diri sendiri ada karya/hasil/produk/kreatif dalam sesuatu aspek.

Ceh, cerita panjang macam pensyarah je.. Haha.. Tapi benda ini sebenarnya fakta (kenapa lah bahasa baku benau ni), apa salahnya kita korek kelebihan kita dan gunakan sebaik mungkin. :D

Saya cerita ni sebenarnya nak cakap pasal design kad jemputan je, tapi panjang lebar macam ada info. Apa salahnya saya cerita sedikit info atau fakta yang ramai tak sedar, betul tak? Siapa setuju, angkat tangan.. Haha..

Okaylah, itu je nak story.. Sekarang saya cuti pertengahan semester, assignment bertimbun ( Alhamdulillah, satu jalan untuk terus berjaya ), projek banyak, ditambah dengan peristiwa istimewa tak lama lagi. So, saya pun mula sedikit berkurang tentang blog ni.

Kepada sesiapa yang menjemput saya join GA/Contest/Segmen, saya tak dapat nak laporkan diri (ececeh) sebab internet dekat asrama lambat nak baikpulih, lepas tu semester ni nak fokus pada tujuan asal belajar diploma ni. Doa kan saya berjaya peroleh ilmu landskap disamping permudahkan dalam segala kesulitan yang timbul. Aamiin..

xoxo pada siapa yang sudi baca... ^^

Comments

Popular Posts