MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Perasmian Bangunan Canselori + Majlis Menandatangani MOU bersama Open University Malaysia

Bismillah...
Assalamualaikum....


Alhamdulillah, habis sudah final exam selama 2 minggu (kami paling awal,hahaha..) dan hari ni selamat pulang ke rumah.. Asalnya dekat highway persimpangan senawang kot hujan lebat sangat.. rasa gerun yang amat, sebab jalan basah dan hujan tu hampir menutup kesemua jalan (air hujan tu lebatnya umpama air paip yang disiram ke arah muka tanpa henti!! ).. Its my first time experienced that... :) Thanks to Allah because we arrive safely at home on 8.45pm...

Tapi nak habaq kat ampa semua ni..

   Tanggal 5 Mei 2014, majlis perasmian Bangunan Canselori dan majlis menandatangani MoU dengan Open University Malaysia ( OUM ) telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal dan diiringi oleh Dato' Haji Wan Mohamad Zuki bin Haji Mohamad ( Ketua Pengarah RISDA Malaysia ), Dato' Dr. Faridah Hanam bt Mohd Rashid ( Keta Eksekutif Kolej RISDA ) sebagai satu langkah untuk menaiktaraf Kolej RISDA kepada sebuah institusi Kolej Universiti.

   Majlis ini turut disertai ahli lembaga pengarah RISDA yang lain, wartawan dan beberapa pelajar kolej untuk memeriahkan majlis ini. Pembinaan bangunan canselori ini memudahkan orang luar berurusan dengan pihak kolej dan turut dinyatakan bangunan auditarium yang masih dalam proses pembinaan. Peruntukan diberi bagi memenuhi kriteria sebagai sebuah kolej universiti malaysia khususnya dalam bidang pendidikan pertanian.

   Berita lanjut di sini :-


Rasminya teman citer..hahaha.... okaylah, takde gambar nak share sebab ini majlis rasmi dan saya sebagai pelajar agak terhad nak ambil gambar ni... :)

Comments

Popular Posts