MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Sepeninggalan ku sepanjang Ramadan...

Bismillah...
Assalamualaikum....


Sering kali kita taubat tapi tahu buat which is kita hanya sedar pada waktu itu sahaja dan lupa pada waktu atau hari seterusnya.. Allahu Akbar... Janganlah kita jadi seperti itu.. Dan saya sedar, dahulu saya pun begitu... Sedar beberapa minit sahaja.... Masya Allah....

Namun, semenjak semalam (gambar berserta caption ada dinyatakan di Instagram) saya mula sedar... Terlalu banyak dosa dan khilaf yang saya lakukan.. Dari pemakaian, bahasa, perangai dan lain2.. Ayah pernah berpesan, "kau perempuan, jangan berpakaian tapi bogel.. Nak ke ayah ditarik ke neraka?" Dulu, bodohnya diri ini sebab tak dengar cakap ayah...

Saya taklah tayang aurat, tapi pakaian tu melambangkan peribadi seseorang... Andai kata kita berpakaian ketat, Masya Allah.. ketatnya akhlak kita dengan perkara baik, ketatnya kita nak melakukan amalan baik, ketatnya pahala nak dicatit untuk kita... Tapi sekiranya memakai pakaian longgar dan ikut syarak Islam.. SubhanAllah.. Allah pelihara akhlak kita, aurat kita, maruah kita.. Malah, pahala berganda...

source : google
source : google
source : google
Saya tak lah baik mana dan jahat mana.. sedang2... ada masa saya ni baik mengalahkan ustazah, ada masa saya jahat mengalahkan pembunuh iaitu lidah kejam... Ye, hipokrit... saya mengaku... Tapi dengan didikan agama dari mama, ayah dan nenek, Alhamdulillah,.. saya belum pernah lagi free hair, berpakaian mengalahkan orang zaman batu... Seperti gambar di atas, saya di bahagian tengah lagi...

Perlahan-lahan saya akan ubah... Mungkin dari segi pakaian dahulu, atau mungkin bahasa... Terus terang saya cakap, saya ni panas baran... Kadang tu mulut lancar je berkata tanpa berfikir sedikit pun... Dari situ je banyak saya dapat dosa...

source : google
source : google
Wahai Muslimah, tahukan anda bahawa keadaan di Gaza, Syria dan Syam semua sangat darurat?? Mereka sering dihujani peluru dan bom, tapi mereka masih menutup aurat !! Mereka memperjuangkan Islam !! Ya Allah, syurga menanti mereka... Tapi kita??

Kita sepatutnya bersyukur tinggal di negara aman tanpa dihujani peluru!! Namun kita telah dihujani dengan fitnah! Budaya barat! Pergaduhan sesama agama! Astaghfirullah... sedarkah kalian?? Saya taip ni rasa hampir menitis air mata mengenang nasib saudara seIslam kita di sana.. Besar dugaan mereka....

Kita baru sahaja diuji dengan fesyen, teknologi, kemudahan, tapi sudah alpa.. Hidayah telah datang sejak 1400 tahun dahulu!! Allah telah turunkan hidayah pada umatNya dari dulu.. Namun hati yang penuh dengan titik hitam susah untuk terima hidayahNya...

Artis dipuja, agama terabai... Ramai ambil berat tentang hal2 artis yang menutup aurat, gosip, tapi tak pernah ke kalian melihat diri sendiri?? Allahu akbar... DI MANA LETAKNYA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W??

source : google
Maafkan saya sahabat... Entry ini berkaitan aurat dan diri kita sendiri.. Renungkanlah sahabat... Semoga Allah melindungi sahabat Islam saya yang masih memperjuangkan agama Allah.. Aminn...

Comments

great piece of sharing dear...
Muna said…
thanks kak... ;)

Popular Posts