MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Bismillah...
Assalamualaikum....


Terjumpa contest ni dari blogger lain... Seronok terus bila cakap pasal iPhone, gajet idaman saya dari dulu... tak tipu... Sekarang pakai phone pun belas ihsan dari si dia.. Saya tak pernah merasa beli gajet mahal menggunakan duit sendiri, nak-nak student lagi kan...

Selepas adik pakai iPhone 4, hati saya ditembak rasa cemburu sangat-sangat.. Umpama ditembak dengan bazooka yang 1000 kali das lah!! Dush.. dushh.... But then, rasa nak beli tak lama je lagi.. tapi kalau ada rezeki, saya beli lah ye...

Kali ini, DenaiHati menawarkan hadiah 3 buah iPhone 5s 16GB bagi blogger yang bertuah.. Setiap blogger mengharapkan dirinya menang, betul tak.. Rezeki kita tak tahu, yang penting usaha... Jom joinn....


Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s



  1. Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger”
  2. Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
    • Satu backlinks kepada blog Denaihati.
    • Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
    • Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
  3. Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014.
  4. Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
  5. Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.


Mengapa iPhone 5s menjadi impian blogger?

  1. Kepantasan melayari internet
    • bagi blogger, amat penting internet yang dilayari bagi menyampaikan informasi dan update terkini di blog masing-masing.
  2. Megapixels kamera yang jelas dan cantik.
    • walaupun iPhone mempunyai saiz yang kecil, namun ketajaman dan fokus kamera amat cantik.
  3. Nipis dan mesra pengguna
    • saiz juga menjadi faktor utama bagi blogger kerana mampu diletakkan di dalam beg dan sistem yang mesra pengguna.
  4. Fungsi meng-edit gambar yang cantik seperti profesional.
    • pasti kita mahukan gambar yang cantik seperti seorang profesional (menggunakan DSLR) dan hanya menggunakan aplikasi tertentu sahaja jelas menunjukkan kemampuan gajet ini meng-edit gambar dengan cantik.
Senarai Sponsor contest :-

Arwah Syuhada Baharudin (www.syuhada1981.com @ syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.

Comments

KamilSalleh said…
Salam kemerdekaan kali ke-57. Semoga terpilih ke cabaran seterusnya. Insya Allah... Moga ada rezeki untuk anda untuk impian miliki gadget canggih iPhone 5S.
YatieOwner said…
Good luck awak :)
PG datang dari segmen yang sama :)
Goodluck Muna ;) Tak sempat pulak nak join hehehe

Popular Posts