Study Trip to Gua Tempurung, Perak

Bismillah...
Assalamualaikum....


12 September 2014

Pada tarikh itu, saya dan rakan sekelas bersama satu lagi kumpulan 5 telah menjalani pembelajaran luar kampus. Tujuan kami memilih Gua Tempurung adalah sifat semulajadi kawasan ini menarik pelbagai perasaan. Namun, ada juga beberapa kelemahan yag perlu diperbaiki oleh pihak ini.

Kami diuruskan sepenuhnya oleh GTOC (Gua Tempurung Outdoor Camp) dan Riverbug White water Rafting). Secara jujurnya, saya sangat berpuas hati dengan pengurusan aktiviti mereka, namun sedikit kecewa pada pengurusan penginapan. Terdapat beberapa masalah teknikal iaitu pembatalan aktiviti Paranormal walk pada hari kedua, 13 September 2014.

Pada hari pertama, kami sampai di Gua Tempurung pada jam 1.19 petang. Kami terpaksa menunggu lama untuk penginapan kami. Kami dibawa menggunakan lori (pengangkutan utama di Gua Tempurung), dan berulang 2 kali, sebanyak 2 biji lori digunakan.

Pada waktu malam, kami telah memulakan aktiviti Nightwalk. Kami dibawa berjalan dari tempat penginapan sehingga ke kawasan berhampiran gua. Kami dibawa menyusur paya, sungai dan semak. Namun, harus saya tegaskan sekiranya anda ingin ke Gua Tempurung dan mengambil pakej Nightwalk, bawalah lampu suluh kepala. Ini bagi memudahkan perjalanan. Dari situ, kami sangat berpuas hati dengan aktiviti pada malam itu.

13 September 2014

Pagi :

Kami mulakan aktiviti kami iaitu White Water Rafting yang diuruskan sepenuhnya oleh Riverbug Asia. Pengalaman mematangkan fikiran. Hehe... Masa ni saya takut sangat.. Mana taknya, ada aktiviti water confidence.. memang tak yakin lah masuk air.. nak2 nafas lahaiii.... Sekali je dia terbalikkan kami.. sebab saya bangkang sekuatnya.. hoho... kesian group saya masa tu... hehe

Tengahhari - Petang :

Selepas itu, kami ke aktiviti memanah.. Sini kami mula kecewa. Tempat nya tidak spesifik kerana arah panah tu ditujukan di hala ke arah kawasan orang ramai. Hanya 1/5 sahaja yang merasai peluang itu. Saya dan rakan-rakan lari ke tempat Flying fox kerana pengurusannya sangat perlahan. Apa yang saya dengar, pada hari itu jadual kami bertindih.

Kami seterusnya memulakan aktiviti Flying fox which is slow.. We've wait for almost 2 hours.. Dari situ kami bertambah kecewa.. Selepas hampir 2 jam, giliran kami pula. Ye... ini benda pertama saya cuba.. Ahh.. dulu nak sangat, dah naik, cuak gila.. gayat kot.. kalau jatuh macam mana.. Tapi kalau nak selamat, ikut arahan.. Tak nak selamat, see you lah..haha... Okay.. Once I ride that 'thing', dah turun je.. cakap dekat kawan "aku nak naik lagi boleh tak? seronok gila!" haha...

Disebabkan hari tersebut hanya diisi dengan 3 aktivit, letihnya umpama baru lepas mendaki bukit.. haha..

Malam :

Dalam jadual kami, aktiviti pada malam ini adalah Paranormal Walk. Namun, terdapat aktiviti tambahan, melawat kadang kambing. Kami tak jangka aktiviti ini dipilih oleh pensyarah kami (sebenarnya, nak isi dalam laporan nanti, assignment ooo). Jadi kami tiba di tapak penginapan lewat.. Dalam pukul 10 malam (atau lebih). Jadi, aktiviti Paranormal Walk dibatalkan kerana kelewatan kami berkumpul di tapak berkumpul.

14 September 2014

Hari tersebut kami akan melakukan aktiviti kami yang menarik, iaitu mendaki Gua Tempurung. Okay, sini saya nak cerita pengalaman sahaja... Hanya kalau anda ingin merasai, anda akan faham apa saya rasa.. Puas!! Mendaki dalam gua yang tinggi dan cerun... licin dan basah.. sungai dan lubang tikus.. semua kami lalui dengan gembira.. Saya nak pergi lagi sekali.. Namun, pada awal memang letih.. Tangga banyak tau.. tinggi2 pulak tu.. Tapi, masuk je ke dalam perut gua, kami tak rasa letih.. hanya seronok.. Ye, terbayang lagi saat masuk ke lubang tikus, bergelap dan mendaki hampir mencecah 90 darjah ketinggian..

_________________________________________________________________________________

Jadi, apa kata anda lihat sahaja gambar.. Maaf, gambar dalam gua tak diambil sebab segala barang berharga tak dibenarkan bawa masuk. Boleh, tapi tanggungjawab sendiri..



Menuju ke penginapan menaiki lori

sebelum memulakan ekspidisi






selesai aktiviti white water rafting


di Selangor tukar bas

Nantikan entry selepas ini... Mini Floria 2014... :)


You may also like

No comments:

All content in this website is strictly cannot be copied by anyone. 2010-2016 © munauwaratul.bs.my™. Powered by Blogger.