MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Resepi : Puding Roti Karamel

Assalamualaikum...
Bismillah...



Huhu... Hari ni ada lagi resipi baru... Ini pun first time jugak buat... Tapi tak macam puding kosong.. Ada roti..huhu.. Nak tahu? Jom baca..


Bahan-bahan : -

• 1 cawan susu cair
• ¾ cawan susu pekat
• 5 biji telur gred C (kurangkan satu bagi gred B, kurangkan 2 bagi gred A) - pukul dan tapis
• 1 tbs esen vanila
• 1 cawan air suam
• ½ cawan gula
• ½ cawan air panas
• 4 keping roti Gardenia - dikoyak


Cara-cara : -

1) Masak gula sehingga keperangan. Pastikan api kecil supaya gula tidak hangus. Selepas gula cair dan keperangan, masukkan air panas perlahan-lahan.
2) Panaskan pengukus. Masukkan gula dalam loyang dan ketepikan.
3) Masukkan roti, air suam, susu cair dan susu pekat dan blender.
4) Masukkan telur yang ditapis dan esen vanila ke dalam blender dan blender sehingga sebati.
5) Masukkan kesemua bahan di blender tadi dalam loyang.
6) Kukus selama 40-60 minit.


*saya suka makan masa suam² tadi... Sedap sangat..Kebetulan family baru balik berjalan tadi, habis setengah dah.. Huhu...*
Jadi.. Tunggu apa lagi? Jom masak...
See you on next recipe..

Comments

Popular Posts