MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Preparation for ....?

Bismillah...
Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca? Hummmm... Hari ni kurang mood sikit sebab borang praktikal dah dapat... Jadi sekarang tengah pulun cari tempat praktikal.. At least nak cari 4-5 dulu... Senang... Kira spare place...

Dah last semester kan? Praktikal pun tak lama je lagi... Dan lagi satu big day pun bakal berlangsung.. Mana-mana pembaca ada kenalan dari syarikat landskap atau konsultasi ke yang terima student landskap? Kalau ada, tolong komen ye... T_T

Pensyarah tak bagi praktikal dekat majlis daerah atau mana-mana universiti atau kolej... Sebab katanya orang malas je ke sana... So, I was like "krikkk...krikk....krikkk....."

Huaaa...nak nangis... Jabatan landskap daerah kuala langat tu takkan tak boleh? Takpelah... Cari yang lain... Usaha...Padahal jantung dah nak meletup cakap pasal praktikal... Gila tak meletup, first time bekerja kan..

Sebelum ni menapak dekat rumah je... Takutt..... Geng pun tak de... Semua duk cari dekat kawasan sendiri... Saya ni kawan je macam ramai, sahabat tu takde.. Ada, tapi dia dah nak habis praktikal dah pun... Tolong lah... Rasa nak menangis sangat-sangat sebab gemuruh melampau....

Ok, cukup drama petang ni..haha... Mana-mana pembaca ada kenalan dari syarikat landskap atau konsultasi, komen atau PM saya di facebook ye... Jasa anda amat saya hargai...

Till we met again..

Comments

Popular Posts