MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



FAQ's bila kerja Nurseri (pokok)

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t....

Source : Google
Sejak habis belajar di kolej (biasa kat kolej pun jarang update blog), pageviews blog saya berkurang.. Merundum sangat-sangat.. emmmm.... Guana ni terr.... Lagi pula sekarang ni busy praktikal dan bulan puasa. Masa tu sentiasa ada, cuma tiap kali balik kerja, badan lesu.. Tenaga habis dikerahkan masa kerja.

Cakap pasal kerja, bulan puasa ni banyak dapat kerja luar. Tanam pokok, rumput dan lain-lain. Memang lah kerja ni tak berapa heavy, tapi tenaga lelaki tak mencukupi. Kalau sekadar hanya 2 tenaga lelaki dan memerlukan 4-5 tenaga, sapa lagi kena ganti.. Kami yang perempuan ni lah. Bukan mengeluh, cuma rasa letih tu terlalu letih. Tenaga memang habis bila buat kerja luar.

Rezeki kan, takkan nak tolak. Its true, sometimes, where is the humanity of other people? Customer pula tak kira bangsa. Melayu, Cina, India, Outsiders pun ada. Cuma nak cerita sikit.

Kami memang pekerja nurseri sahaja, but budi bahasa, perangai. Kebanyakan saya lihat customer ni suka bagi FAQ's.. Contoh "tak boleh bagi murah lagi ke?", "mahal nya!", "tak lawa pun pokok ni", "apa lah, servis tak bagus", tapi beli pokok yang RM5 satu je.

Very common lah soalan-soalan ni kan, tapi kadang saya meradang juga (membebel depan tanah je pun, haha). Awak minta harga murah (padahal dah murah sangat tu), awak minta free (harga dapat murah, nak free gift pula). Tipikal Malaysia.. Saya jarang layan customer, tapi saya selalu bantu bos, customer ni macam-macam ragam. Yang okay tu bagus dah. Yang komplen itu ini tanya itu ini siap pusing satu nurseri, tapi bawa balik tangan kosong.

Tipikal Malaysia lah.. Manusia, biasa. Lumrah. Cuma saya nak share pendapat, "Janganlah kamu memandang hina kerja kami yang hanya menanam pokok. Kalau tiada pekerja seperti kami (satu dunia), rasanya dunia ni tak kan ada laman/taman yang cantik. Kerja keras kami pun, kami belajar menghargai alam berbanding manusia yang hanya mengharapkan orang lain hargai sedangkan dirinya mampu lakukan."

Well, pernah sekali rasa orang pandang hina kerja kami. Tak terasa pun, tapi saya dengan kawan cakap "kalau dia nak taman dia cantik panggil sapa? kalau dia pandang rendah kita, kenapa tak buat sendiri, baru rasa penatnya nak puaskan hati orang." Hahaha! tapi cerita berdua je pun. Kita kerja tinggi mana pun orang mengata, kerja bawah mana pun mesti lagi dikatakan. Mulut manusia ni dah celupar sangat.

Tanpa dia sedar sebenarnya dia lebih teruk. Hihi.. Betul lah kan, sebab sibuk hal orang, diri sendiri masih terkontang-kanting. Lalalala... CAUTION!! Ambil yang jernih, buang yang keruh (tetiba lagu raya play pula masa tengah taip ni, hihi). Anyway, kita tak kan dapat puaskan mulut orang. Cuma bagi saya, bagi dia rasa baru dia tahu, tu je.

Apa-apa pun, lupakan masalah remeh tu. Nak ucapkan selamat berpuasa buat semua umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia. (Happy fasting to all Muslim's in Malaysia and all over the world).

Err... nantilah story lagi. Ni nak habaq sat, Doodle akan open bila saya announce. Thanks for those who want it, but for this short time, its quite late though.. Okay, daa

Comments

Popular Posts