MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Mengesan kehadiran JIN dalam tubuh

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t....

Source : Google
Dalam kepesatan teknologi dan ekonomi era kini, manusia semakin alpa tentang ilmu ghaib yang perlu kita ketahui dan ambil berat.

Kita selalu tengok dalam FB video-video mereka yang dirasuk, malah ada yang sangat teruk sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa dan orang sekelilingnya. Ini disebabkan jin-jin yang ada dalam tubuh atau disekitar kita.

Disini saya nak kongsi cara bagaimana untuk kita mengesan jin yang berada didalam tubuh badan kita. Ini saya ambil dari kenalan.

Tahukah anda jin mengalir didalam tubuh badan kita mengikut saluran darah Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia" jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. 

Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.

Cara bagaimana untuk kita mengesan jin didalam tubuh kita, anda pegang dinadi sebelah kiri anda dan baca doa ini:

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x
2. Selawat Keatas Nabi 3x
3. Surah Al-Fatihah 1x
4. Ayat Kursi 3x
5. Zikir Lailahaillallah 100 x.

Sekiranya semasa anda membaca ayat-ayat diatas badan anda terasa seperti dibawah itu la tandanya tubuh badan anda dihuni jin , Segera la pergi membuat rawatan islam yang berhampiran.

1.Bergetar/mengigil
2.Panas
3.Pening.
4.Muntah
5.Terasa Benda Bergerak-gerak dibadan.
6.Mengantuk.

PESANAN. Jangan Lakukan Berseorangan Dirumah. Seeloknya cari lah juga seseorang yang mampu membantu kita sekiranya kita tidak dapat dikawal walaupun hanya membaca ayat-ayat biasa.

Comments

Popular Posts