MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



November to Remember

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t....

Copyright munauwaratul.bs.c

Rasa macam dah lama sangat je tak update blog? Hihihi...
Yelah, sejak tunggu konvo ni, nak cari kerja sampingan pun tak jumpa-jumpa...
Dah lah lesen apa pun tak ada, naik bas pun tak reti. Huh!
Apasal lah aku ni lembik bebenor... Bhahahaha...
Mana tak lembik, dah masa sekolah dulu suruh ayah hantar, masa gi kolej parents hanto...
Kau ghasee??

Hihihi... Takpelah, sementara belum bekerja, at least dapat juga membantu memasak setiap hari dan mengemas rumah walaupun hanya pada hujung minggu.
Tak lah mama sensorang lagi..
Cuma nak cari kerja juga ni. Bosan lah melepak je.
Nak sambung belajar tu,mood belajar hilang sejak banyak buat masalah (okey, aku ni gangster sikit, suka buat hal)
Nak-nak tempat belajar tu banyak pengalaman pahit dari manisnya. Kopi lebih dari susunya...hahahaha

Ok, tak mau citer pasal tu...
Nak citer apa nak diingatkan tentang november ni?

Source : Google
Source : Google
Source : Google
ada 3 gambar kan?
Ini yang akan terjadi pada bulan ni.. Hihihi....


1st November 2015

::..Aku dapat cucu lagi (first photo). 3 ekor kesemuanya yang aku jangkakan adalah 4 ekor sebab perut kucing tu macam nak meletup pun hadoo.. Dari malam tadi lagi dia ngiau-ngiau.. Pelik jugak, tapi naluri kuat kata dia nak beranak. Dah duk selongkar almari kitorang, last-last aku dengan adik-adik aku bekerjasama (ececeh) membuat kotak khusus untuk dia.

Kotak je... Tak mampu bagi almari macam dia nak... Hahaha... Korang bayangkan, kotak aku duk simpan mixer kek tu dia pergi masuk cuma muat-muat badan dia. Dah kesian tengok, aku rembat lagi kotak air yang besar tu. Ha, gabungkan dua-dua, baru selesa.

Alhamdulillah, dalam jam 3 pagi tadi selamat lah ketiga-tiga cucu aku tu dilahirkan... Comel pulak tengok, rasa nak gelek-gelek guna penggelek... Hahaahahahaha.... Gila kau tak comel, kucing innocent kot. Suka buat muka simpati.

5-6th November 2015

::..Tarikh ni aku kena gi balik ke Melaka semula untuk ambil jubah konvo nanti. Tapi dah tak sesuram dulu kolej tu. Masuk semester baru sahaja, nama kolej berubah serta merta, University College of Agroscience Malaysia. Dan yang seronoknya buat mereka bawah aku ni, banyak event-event yang dianjurkan oleh MPP, Pensyarah dan pihak kolej sendiri.

Time kitorang belajar, sunyi je.. Kurang aktiviti. Tapi setelah diangkat namanya, kolej ni makin aktif dari masa ke semasa. Ini adalah perubahan positif bagi kolej ni. Eh, jap. Lari topik ni.

Ok, back to the topic. Aku gi kolej ni mungkin sekejap je. La, dah ambil jubah konvo. Tu je, nak tunggu geng kelas, memang tak lah dapat jumpa. Time konvo je jumpa. Eh, pada masa sama aku nak jumpa pensyarah-pensyarah yang selalu bagi nasihat dan semangat kat aku.

11-12th November 2015

::..Time ni aku akan ke Putrajaya untuk melaksanakan tanggungjawab terakhir sebagai graduan. Mengambil sijil diploma dengan membawa keluarga untuk menyaksikan konvokesyen anak mereka bat pertama kali. Ini baru dapat sedikit aku balas jasa diorang dan masih banyak untuk aku membalas jasa mereka (walaupun tak terbalas).

Mungkin realitinya tak sama macam angan-angan aku untuk pergi bersama si dia, dapat jambangan bunga, gambar dari profesional. Yelah, tak semestinya impian/angan-angan jadi kenyataan. Redha jelah. Memadai kalau parents aku tengok aku konvo ambik sijil atas pentas dengan rasa bangga (ok, mata mula bergenang)

**th November 2015

::.. Ini lagi istimewa. Hari lahir si dia, tapi tak pasti dapat celebrate sama-sama atau tak. Maklumlah, orang jauh katakan. Nak post hadiah, tak istimewa. Nak ke sana, lesen tarak. Hahahahaha...

Maybe wishes and some gift for him. Maybe.. Tapi tahun depan In Shaa Allah kita dapat celebrate sama-sama.. Hahahahahahaha......

____________________________________________________________

Okay, tu je nak cerita.. Nanti lah sambung.. Sibuk sikit nak cari kerja ni. Fuhh... Cari area pantai timur dengan selangor je.. Tak mau jauh-jauh. Sebab risau, ketiadaan lesen itu satu masalah bagi aku.

Comments

Popular Posts