Part-timer

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t....

Source : Google
Ok, now since aku banyak bekerja separuh masa. Banyak planning dalam kepala ni sebenarnya. Nak bekerja tetap, still not in the mood lah. Tak kisah lah orang kata krisis ekonomi sekarang, apa yang kuat dalam hati aku untuk terus legasi aku dalam perniagaan ni.

Maybe masih terlalu muda dalam bisnes, tapi rezeki tu milik Allah. Kita cuma mampu berusaha dan tawakal, tak salah pun mencuba. Lagi pula, bidang perniagaan ni aku minat. Tapi, nasib baik masa amik diploma dulu, ada belajar subjek perniagaan. Bermula dari situ aku tanam azam nak buat bisnes.

Kalau diikutkan kata profesional dan orang lama, kerja tetap dulu. Tak, kerja tetap bukan pilihan aku untuk bekerja, Not my interest. Anything jobs about business, I'll support. Macam hari tu, kerja seminggu je. Tapi kesian kat ayah ulang alik 2 jam nak amik aku, kematu punggung. Boleh pergi Melaka tau.

Pendapat orang bukan aku tak terima, aku terima. Cuma minat mendalam aku untuk bisnes ni terlalu kuat. Aku obses untuk berniaga, jual dessert ke, kek ke, aku tak kisah. Asalkan berniaga. Ada tak agak-agak orang macam aku? Obses dengan bisnes sampaikan banyak future planning. Hahahaha..

Ok, malas cerita panjang. Aku nak tanya, dropship atau ejen, mana satu yang aku perlu mula?


You may also like

No comments:

All content in this website is strictly cannot be copied by anyone. 2010-2016 © munauwaratul.bs.my™. Powered by Blogger.