Tekanan dan Sokongan

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t....

source : google

selama bekerja 4 bulan dalam sektor swasta, aku rasa sangat tertekan. Dengan staff tak bekerjasama, pengurusan yang teruk menyebabkan aku rasa sangat tertekan. Tapi dalam pada masa yang sama aku masih diberi sokongan oleh mak aku.
 
Bayangkan, tempoh kontrak kita 3 bulan yang sepatutnya bekerja ikut office hour menjadi kelam-kabut selepas aku 'berkorban' satu hari di hospital dengan pengetahuan shift yang ZERO! Jatuh pada hari ahad, aku korbankan diri pertaruhkan diri untuk belajar. Dan Alhamdulillah, aku mampu bekerja shift sekarang.
 
Yang membuatkan aku kecewa, aku menggunakan duit aku untuk topup balik duit 'float' (sepatutnya disediakan pihak finance). Hampir dua bulan aku tak dapat lagi duit tu. Memang aku berkira, sebab itu duit aku, hasil kerja aku
 
Pengurusan yang hanya mengarahkan pekerja bekerja 24/7 sehari, tanpa sedikit pun membantu. Maaf berkata, sedangkan pihak atasan masih buta ilmu. Kerja atas 5 tahun belum tentu tahu semuanya berilmu, serius.
 
Aku sangat kecewa pengurusan sini. Ramai pelanggan mengadu betapa teruknya prosedur dan pengurusan dan kena mengadap adalah kami orang bawahan. Kalau dikira, aku boleh buat aduan dan keluarkan Akta Pekerja.
 
Orang bagi pilihan kenapa aku tak berhenti, satu je jawapan aku "Kalau masa depan, bos aku 100 kali lebih teruk dari ni dan tak tahu cara menghadapi, aku yang sakit"..
 
Percaya tak aku minta sakit? Hahaha... memang.. aku minta sakit sebab aku nak cuti. Kalau boleh masuk wad, baru diorang percaya yang aku perlukan rehat. Ada pembantu tapi tak guna, buat apa? Faham situasi dia nak kawin, hello! Kawan aku tu nak kawin, semua barang cari last minit sebab pengurusan ni tak bagi cuti kawin!  2 hari nak kawin, baru sempat cari barang, cuti kawin semua dikira cuti tak berbayar! padahal 2 bulan awal dah inform. Kalau sakit, nak jugak MC tu. Padahal kat rumah dah terbaring kaku, tak mampu bangun. ke nak tunggu surat kematian baru bagi MC?
 
Sampai hati diorang ni, kalau kerabat dia kawin, bagi cuti berbayar, tapi kalau kuli, semua cuti tak berbayar! DIa ingat dia siapa nak bagi layanan berbeza macam tu? Layak ke jadi pembantu? Layak ke orang atas ni dapat layanan istimewa?? Ini ke majikan jaga pekerja? Ini pekerja jaga majikan!
 
One day, what you give, you'll get back. You'll be on our shoes one day. sebab kami insan teraniaya. Jangan hilang pekerja yang sanggup berkorban. Noted to all majikan yang suka buli pekerja!

**** Pembaca tentukan nasib si pengadu ni. Apa yang harus dia buat? Saya siarkan supaya ramai sedar cabaran bekerja di alam reality dan bukan drama ****


You may also like

No comments:

All content in this website is strictly cannot be copied by anyone. 2010-2016 © munauwaratul.bs.my™. Powered by Blogger.