MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Kalau bukan kerana PHOTOSHOP

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t....


Rasa macam lama gila dah tak on blog ni. Tah orang ingat lagi ke tak (ketawa dalam sendu) hahahaha.... So, untuk entry yang fresh sikit ni nak citer lah. Sejak dari tingkatan  aku ni minat sangat dengan komputer dan editing, tapi sambung belajar dalam bidang landskap (pun ada editing ok), especially dalam kelas buat pelan guna komputer.

Nah, 3 jenis software saya guna dan letak dalam netbook yang comel ni. AutoCAD, SketchUp dengan Photoshop. Ok, photoshop ni aku guna lama gak lah. Tak silap sebelum sambung belajar, dari CS3-CS6 dan sampai sekarang basic aku hanya setakat level 2. Hahahaha.. Orang dah Pro dah, aku masih terkedek-kedek lagi nak guna benda alah ni.

Mana taknya, netbook slow. Dah terlalu berat, VGA perfomance cuma 1 bintang. Kau rasa puas ke edit gambar kalau keadaan jadi macam tu? Nak repair, takleh berjauhan dengan netbook ni. Segala data dalam netbook ni pun tak berpindah rumah lagi. Huaaaa!!

Haha.. tapi sebenarnya aku nak cerita. Disebabkan kesemua funsi dalam photoshop ni sangat menarik dan detail, aku bercadang nak buat sendiri design kad kawin, kad bisnes, bunting dll lagi. Memang puas hati beb. Kau bayangkan lah, kepuasan dalam mendapat hasil yang kita nak tanpa gangguan orang lain.

Nak minta idea tu pun boleh, tapi aku lebih prefer buat sendiri design nya. Lepas siap, tanya orang sesuai ke tidak. Sebelum aku guna photoshop, aku guna Microsoft publisher. Tapi hasilnya tak seronok, tak puas, tak segala nya lah! Memang dapat apa yang aku idamkan, tapi bila makin lama makin aku sakit jiwa nak gerak sana sini, nak buang itu ini, nak letak design yang tak transparent lagi susah. So, aku decide guna Photoshop sahaja.


Tengok. Berapa banyak kad kawin latest daa (annoying face)..Ini luar folder sepatutnya. Kalau aku tunjuk, geleng kepala lah korang. Bersepah-sepah design kad kawin aku. Idea banyak, tapi pilihan hati tu cuma yang guna photoshop.. Hahaha... gedik kan. Yelah, lain orang lain keinginan dia. Macam aku, mahr sikit dalam photoshop, apa salahnya guna kemahiran tu ke arah yang lebih efektif (ecececeh ayat poyo seyhh) hahahaha.

Bunting tu pulak, aku design je dulu. Entah-entah dapat dalam lebih 15 design. Mau gigit kuku nak mencari pilihan hati. Hahahaha... ok lah, nak cerita panjang-panjang karang, kalah novel nanti. So, nanti kita sambung lagi okay.

Wassalam..

p/s : kali ni aku tukar dah kata ganti nama. Lebih selesa dan lebih kepada diri aku sendiri. Maaf sekiranya terkasar bahasa untuk akak-akak, abang-abang, pakcik-pakcik, makcik-makcik yang lebih tua dari aku.

Comments

Popular Posts