MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Resipi : Tart Telur Hong Kong Mudah

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t....

Sumber : Google

Resipi ni aku ambil dari page Tasty di mana resipi nya sangat mudah dan bahan nya ada dirumah.. Haha.. Aku buat sekali je, sebab banyak resipi-resipi lain yang  aku nak cuba buat. Ok, tak mo dah membebel panjang.. Meh kita listkan bahan dan cara buat.

Bahan-bahan untuk kastard filling:

  • 4 telur kuning saiz sederhana - dipukul (simpan 2 sudu besar untuk doh pastri)
  • 3/4 cawan air panas
  • 6 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 1/4 cawan susu sejat
  • sedikit esen vanila (pilihan)

Bahan-bahan untuk doh pastri :
  • 2 cawan tepung kek/gandum (diayak)
  • 1 batang (113 g) unsalted butter (biarkan pada suhu bilik)
  • 1/4 cawan gula halus
  • 2 sudu besar telur kuning (yang dipukul tadi)
  • secubit garam
  • sedikit esen vanila (pilihan)
p/s : untuk vanila tu aku cadangkan letak lah. karang bau telur, korang yang tak nak.. haha.. bau hanyir nanti. Meh kita buat langkah seterusnya.


Sumber : Google


Cara-cara :

Panaskan oven suhu 200°c

  • Cara buat filling kastard :
  1. Cairkan gula dan garam alam air panas. Gaul sehingga larut dan biarkan sejuk
  2. Pukul telur kuning kemudian ambil 2 sudu besar keluar untuk kegunaan doh pastri tu nanti.
  3. Masukkan air gula tadi, susu cair dan esen vanila. Gaul sehingga sebati.
  4. Tapiskan kastard tadi supaya tiada gumpalan atau ketulan dari telur. Sejukkan dalam peti sejuk sementara membuat doh pastri.
  • Cara buat pastri :
  1. Dalam mangkuk yang besar, ayak tepung gandum, gula dan garam. Kemudian letakkan butter yang telah lembut tadi. Gaul menggunakan tangan, JANGAN sampai terlebih adun pulak. Karang bantat pastri korang. Setakat gaul manja-manja gituu.
  2. Tambahkan 2 sudu besar telur kuning tai dan gaul sehingga sebati. KALAU doh tadi terlalu likat/melekit. korang letak tepung kat tangan je. tak melekat lah nanti. TUTUP doh tadi dengan wrap plastik dan sejukkan selama 30 minit atau sehingga doh tadi keras sedikit.
  3. Keluarkan doh tadi dan bahagikan berapa banyak korang nak ikut saiz korang punya bekas. Macam aku dapat bahagikan kepada 10 je sebab bekas besar..
  4. Spray atau letakkan minyak supaya dh tu nanti tak melekat. Ambil satu portion, jadikan bola, tepek dekat bekas tu. Pastikan doh tu sama tebal tau.. JANGAN nipis, nanti rapuh sangat, susah nak makan.
  • Bakar tart telur :
  1. Tuang kastard tadi ke dalam doh yang dah diletakkan dalam bekas sebanyak 80% penuh ok.
  2. Bakar selama 15-20 minit sehingga permukaan menjadi coklat keemasan dan cucuk sikit tart tu kot2 dah masak ke belum kan.
  3. Sejukkan beberapa minit dan makan! Sedap makan waktu suam-suam sambil minum teh kosong. Sedapnya!!
So,  apa lagi? Buat lah petang ni ke. Hujung minggu ni ke, makan dengan keluarga. Makanan juga menyatukan hubungan tau.. Haha...

Selamat mencuba!


Sumber : Google

Comments

Popular Posts