MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Cadangan Penukaran Telefon Pintar

Bismillahi rahmani rahim...
Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar pembaca blog sekalian? 😄 ok gini lah, kita pendekkan cerita je. Saya dah pakai Samsung Galaxy Grand Prime hampir 3 tahun dan seperti yang diketahui umum, jangka hayat umur telefon pintar ni pendek je.

Semakin moden arus teknologi terkini, semakin tidak logik menggunakan telefon pintar yang berusia 3 tahun ke atas. Gitu, hipotesis sendiri. 😂

Memang tak diakui saya ni pemain game tegar walaupun permainan bubble shooter tu je. Ini disebabkan kekurangan RAM dalam telefon sendiri. 2gb RAM sangat tak logik untuk tahun sekarang, yang masih dianggap logik 4gb RAM. Namun jauh lebih baik sekiranya memiliki atas 4gb RAM.

ROM juga memainkan peranan penting dia. Kalau setakat 16gb-32gb ROM, apa lah sangat kan? Dengan aplikasi media sosial, gaming, belum kira jenis editing guna telefon, aplikasi kamera dll lah.

Agak-agak, telefon apa yang logik untuk zaman sekarang ni? 😂 tanya adik si pencinta gajet pun buntu dah. Siap cadangan suruh beli BLACK SHARK / ROG phone. Amboii kau!

Jom komen cadangan anda di bawah.😄 Nak beli bulan depan In Shaa Allah. Saya jarang berswafoto, tapi lebih gemar ambil gambar lanskap dan candid. Gaming is one of my favorite.

Comments

Popular Posts