MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Pertama kali minum air gula

Bismillahi rahmani rahim..
Assalamualaikum w.b.t ..

Entry kali ni saya up guna apps blogger jelah memandangkan sambung internet dekat komputer memang asyik limited access je kan.

So, hari ni nak update lah pengalaman minum air gula. 😂 idok ler teman suka dan idok ler teman tak suka. Saya jenis kalau minum manis sangat, merayu nak minum air kosong.

Orang kata minum sekali telan, tapi saya 3 kali jelah. Kali pertama "emm, sedap jugak." Sambil cakap dengan nurse. Kali kedua, telan banyak sikit sebab selain macam perit dia. "Ahh sudah! Lain macam pula tekak ni. Tadi sedap, ni perit dah ni."

Walaupun tinggal setitik, rasa rugi juga lah kan. Kita hirup kali terakhir. Yumm! Bagitahu nurse selesai minum, tunggu 2 jam.

Setakat 1 jam pertama takde masalah, cuma rasa mengantuk gila-gila. Berat sangat mata sampai tak peduli tidur je atas kerusi menunggu. 15 minit kemudian, suami pun datang balik (suruh dia gi sarapan, kesian dia kena teman isteri minum air gula.😂)

Ada bahu, sandar je terus. Tak larat. Baki beberapa minit tu, tak boleh tidur sebab suami main game, tangan goyang-goyang. 😑 Mujur jugak lah terjaga selepas 1 jam 30 minit bertarung mengantuk tu.

Kemudian diambil darah, urine. Selesai, jumpa doktor. Tapi doktor kata kena ambil air gula sebab sejarah keluarga ada kencing manis. 😅 Redha lah demi anak kan.

Ada sebulan lebih lagi sebelum minum air gula trip kedua. Yakk!! Lepas ni kena pastikan minum air suam banyak sebelum puasa. Semalam pi pulun durian dengan manggis sebab terliur sangat-sangat.

Dah dapat 3-4 ulas, lega dah. Trip kedua nanti, kawal jelah pemakanan. Tak lah ngeri seperti yang diuar-uarkan orang. Air glukose je. Jangan risau.

Takde lah nurse buh sekaton gula. Cuma sehari sebelum tu rajin minum air suam kosong, biar tak mual loya. ☺

Ok lah, sekian cerita hari ini. Nak rehat! Seharian duduk, dari hospital, tengahari balik sekejap. Kemas barang sebab nak balik rumah mertua, pergi ambil barang di pejabat ABX, pergi sekejap di pejabat negeri suami, baru lah sekarang dapat baring.

Sampai jumpa lagi. Wasalam.

Comments

Eeiou_ said…
Ive no experience yetttt. But my sister boleh muntahkan balik, tak sedap sangat dia kata. hahaha.

Popular Posts