MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Surirumah Sepenuh Masa?

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t....


Sumber : Google
Hari ini hampir 8 bulan saya mendirikan rumahtangga dan belum sempat lagi saya update dalam blog kesayangan berkenaan majlis perkahwinan saya. Album kahwin saya pun masih belum siap sebab kami lah urus sendiri. HAHAHA ! Dah suami pun fotografer, dia yang edit, dia yang uruskan. Saya tak mempunyai masalah lambat sebab sendiri punya urusan.

Ok, selama hampir 8 bulan ni juga lah saya menjadi surirumah sepenuh masa. Almaklumlah, berpindah ke tempat kerja suami yang beratus kilometer dari rumah sendiri. Dah duduk berdua ni, kena lah dengan suami. Takkan nak berjauhan pula kan? Sepanjang 8 bulan ini juga, saya masih mencari idea berniaga di rumah seperti dropship, berniaga pencuci mulut. Tapi tak pernah satu pun bergerak lagi.

Bagi pembaca setia, boleh nyatakan pendapat perniagaan apa boleh saya ceburi? Membantu lah sikit beban suami yang dah melakukan 2 kerja, bakal masuk 3 kerja. Saya nak juga kan bantu suami, beli barang rumah guna hasil peluh sendiri. Baru puas hati, gituuu. Nak bekerja dengan orang ni saya agak serik, memandangkan saya kini hamil. Kita ni nak kawal emosi sendiri pun bertatih lagi, ini nak kawal emosi bila dah hamil? Saya sangat tabik an hormat pada mereka yang bekerja di bawah tekanan dan hamil. You've earn my respect!

Meh la kongsi idea perniagaan boleh dibuat di rumah yang boleh menjana pendapatan. Okey? Terima kasih yang membaca. :*

Comments

CT rasa dropship is the best option. bila da berjaya build reputation bolehlah jadi egen..
Betul juga. Untuk kita orang Malaysia ni, barangan apa yang sesuai agaknya.

Popular Posts