MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Trimester Kedua? Perasaan : Gembira!

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t....

Sumber : Google
Alhamdulillah, masuk trimester kedua kehamilan ni, memang agak teruja lah. Lepas fasa trimester pertama, morning sickness lah, emosi terlebih sentap lah, selera langsung takde, berat turun mendadak, berjaya juga lah lepas. Hihihi..

Masuk usia kandungan 5 bulan, baru lah ada selera sikit. Untuk pengetahuan pembaca, saya ni kan asal Selangor, pindah Kelantan sebab suami kerja sini. Ikut suami lah ye. :D
Mula-mula pindah ke Kelantan pada awal tahun selepas saya membuat keputusan berhenti kerja di kawasan rumah juga.

Pindah pula ke rumah mertua 2 bulan lebih macam tu, baru lah pindah ke tempat kerja suami. Berjauhan dengan keluarga, terpaksa mencuba makanan yang baru (maklumlah, saya ni anak jawa-banjar-bugis-melayu, lots of mix tau) masuk negeri orang dan cuba makanan mereka.

Sumber : Google

Awal-awal kehamilan ni paling kelakar juga lah pada saya. Kita ni tekak dah tekak Jawa, nak cari makanan Jawa tak jumpa. Yang ada hanya makanan Kelantan, memang mual habis. Langsung tak kena tekak. Makan itu ini, langsung tak berselera. Berat sepatutnya naik, menurun 3.3kg setiap kali pergi check-up. 

2 bulan lebih mual loya semua, baru lah nak ada selera makan. Itu pun masak sendiri, minta resepi dari mak. TAK BERHENTI DI SITU SAHAJA! Masa raya di Selangor, memang makan banyak. Balik Kelantan selera hilang balik. Gigih juga masuk dapur, masak walaupun masih loya bau minyak dan tumisan bawang.

Alhamdulillah, kini usia kandungan masuk 6 bulan, selera macam sebelum mengandung. Wajib makan 3-5 kali sehari. Tak dapat makan makanan berat, biskut, nestum, roti pun cukup sebab makan banyak sangat nanti jumpa cik tandas pula. HAHAHA!

Sumber : Google

Trimester kedua ni lah tertanya jantina anak kan? Kami mengambil keputusan nak scan pada usia kandungan 7-8 bulan nanti. Sebelum ni scan dah, tapi nakal anak kami ni. Boleh dia menonggeng masa scan tu. Alahai anak.. XD

Semalam rutin check-up dapat dengar denyutan nadi. Allahu, perasaan teruja, gembira, rasa nak menangis. Sangat terharu dapat peluang merasai semua ni. Alhamdulillah juga, semalam berat naik sebanyak 1kg selepas 2 bulan hilang 3kg. Check-up seterusnya sebulan kemudian. Alhamdulillah ya Allah!

Syukur sangat-sangat setelah 8 kali pergi hospital. HAHAHA ! Ini semua kenangan. Sepanjang rutin mingguan tu, nurse sentiasa tanya ada nak tanya atau tak. Alhamdulillah, sepanjang membesar dapat menimba ilmu perkahwinan, isteri, menantu dan ibu dari mak dan makcik-makcik.

Penjagaan anak juga saya tahu serba sedikit memandangkan dari sekolah lagi saya pernah membesarkan anak makcik, adik bongsu. Jadi orang kata gali ilmu sebelum nikah lagi. Tak lah gabra ayam nanti kan. XD

Ok lah, nanti sambung. Menaip guna netbook comel ni, kecil besar je tengok tulisan. Hahahah!

Doakan saya dan kandungan sihat okey.. :*

Comments

ejulz said…
semoga dipermudahkan segala urusan :)
anakdenesor said…
wahhh tahniah..moga sihat dan selamat hendaknya

Popular Posts