MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



malam keliwon (lah sangat)

Assalamualaikum....
ye... bertemu kita dalam sesi "Kisah Seram di Kolej"
muna nak juga buat entry pasal kisah seram ni..
baru2 ni kes dekat UiTM Lendu kan?
kolej muna belakang uitm tu je pun...
lagi dahsyat dari kisah mereka...
ada gambar macam perempuan menari ulek mayang kan?
ni muna nak story kisah dekat kolej muna..
dari pekerja HQ Risda sampailah ke alumni kolej muna ni...

dulu...(dalam tahun 2000, hanya 6 orang sahaja masuk)
sebelum asrama kolej ni dibina, terdapat pelbagai masalah...
yang teruk sekali, ada yang kena ganggu dengan makhluk2 kat sini...
ambil masa lah juga nak bina asrama ni..
Alhamdulilah..siap juga asrama dan kolej Risda...
sepanjang tempoh kolej ni berjalan,macam2 kes ada...
tapi apa yang muna ingat dan dengar dari senior dan En. H ni seram lah jugak
kos DPL adalah kos paling lama dalam kolej ni...
so, dengar dari mereka jelah..
ada yang kata nampak kuda hitam terbang..
dari batu sebelah asrama wanita berhampiran ladang kolej...
kemudian, histeria teruk...
kebetulan depan kolej ni kubur...
En. H pun ada cerita, ada kubur berasap...
muna pun tak pasti ceritanya... tapi agak menakutkan...
muna tak suka buka aib orang walaupun dah meninggal...berdosa...
lagi2 kalau takut salah sampai kan cerita...

itu baru kes beberapa tahun lepas...
ini kes terbaru...tapi muna pendekkan sikit citernya...
masa masuk semester dua 20/12/12, roommate muna sorang ni agak senyap..
malam lepas daftar, dia histeria...
jam 11 kami semua nak tidur... dah lelap dalam 30 minit, muna terjaga..
sebab terdengar orang berbisik...pada awalnya,muna ingatkan dia baru putus cinta dengan pakwenya...
dia terus meraung menangis minta tolong kuatkan hatinya dah redha dgn apa yang terjadi...
apa lagi, muna terus bukak lampu.. kawan muna, iz (bukan nama sebenar) kata istighfar...lepas tu reda sikit... kami pun sambung tidur...
tapi muna dengar dia bisik "aku dah cakap dia dengar.. cepat tidur..cepat tidur.."
mua tak jadi tidur, tapi tidur ayam je...makin lama muna rasa tak sedap hati, seram sejuk...jam hampir menunjukkan pukul 12...
yun (bukan nama sebenar) keluar bilik...terus kami call warden asrama.. 2 minit yun baru masuk balik..
muna tanya lah kenapa yun kuar... ni jawapan dia..."er, tak.. tilam tak selesa..kipas pun slow"..
kami pun pandang sesama sendiri...yun ada berbisik lagi.."cepatlah tidur..cepatlah tidur.."
warden pun sampai... apa lagi, kami pergi "loo" kejap...seriau seyh... warden tanya yun kenapa...itu ini...warden suruh kami panggil senior..minta tolong... lepas citer pung pang pung pang, dia pergi ke bilik kami... kami menyorok dekat tangga berhampiran.. tapi yat (bukan nama sebenar) gatal nak tengok... yun pun tetibe jerit... kami pun terkezut... tengok2 yat menangis... bla bla bla bla (malas taip banyak2)....
kami dipanggil warden untuk kejutkan lagi 2 senior... kami berlari lah..terus duduk dalam bilik tu sebab takut sangat...
kami tertidur sampai lah jam 6 kot..terbangun terus gi bilik kami... tengok2 yun pakai telekung... ingatkan solat subuh... tapi akak yang jaga dia kata solat bukan macam orang solat... macam orang tak tahu apa2...cerita itu ini, rupanya yun tak tidur dari jam 12 sampai sekarang ni...
pengalaman menjaga orang histeria ni susah... kawan bilik sebelah pernah ruqyah dulu... tapi dia pun tak dapat tolong... sebab jin ni terlalu lama menetap dalam badan yun... dan banyak sangat pembohongan berlaku... sampai sekarang ni, keadaan dia tetap sama... malam sebelum dia balik kampung,dia dibawak ke hospital... tapi doktor sahkan dia sakit mental.. kami tau hal sebenar...sekarang, kami cuma doakan agar dia cepat sembuh... :( sebab kami sebilik dengan dia... doakan agar dia sihat dan boleh sambung pelajaran... kebetulan dia satu kursus dengan muna..

ada lagi kes lain...muna rasa lain kali muna citer...
banyak sangat ni.... dah tu panjang....
nanti muna citer pulak pasal langsuir, pocong... okay....
nak share story, boleh...

p/s : masa muna buat blog ni, kawan muna pi pasang lagu ulek mayang... seriau lah...

Comments

Popular Posts