MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Cerpen : Kasih Sehangat Cappucino #1

Bismillah...
Assalamualaikum....

Bab 1
   Berbulan aku menanti jawapan dari Izlan, namun hanya keluhan sahaja yang sering ku dengar. Salah aku kah? Adakah aku tersilap pilih? Mengapa Izlan langsung tidak pedulikan aku sekarang? Aku perlu dapatkan jawapan Izlan sebelum orang masuk meminang aku. Aku sayangkan dia, hampir setahun usia perkenalan kami, mengapa dia abaikan aku setelah bekerja di New York? Adakah kerana aku ni hanya seorang pemilik kedai cappuccino? Apa bezanya? Izlan seorang usahawan berjaya, aku seorang pemilik kedai cappuccino.

Ada lagi seorang jejaka yang telah lama aku harapkan, Zahid. Dialah cinta pandang pertama aku walaupun aku tidak berjaya menawan hati dia beberapa tahun lalu. Namun kelmarin, keluarga dia telah datang merisik aku dan diberi tempoh dua minggu untuk memberi jawapan. Aku masih belum dapat memberi jawapan walaupun sudah 3 hari berlalu. Siapa tidak keliru apabila lain diharapkan, lain yang kita dapat. Aku kenal Zahid 5 tahun lalu, tetapi Izlan datang dalam hidup aku selepas aku cuba untuk lupakan Zahid.

" Kak Min, cepatlah siap. " jerit Meen, adik angkat aku yang kini berusia 20 tahun. " Sekejap, meen. Akak nak pakai tudung kejap. "
Hari ini aku cukup kelam kabut, macam mana aku boleh terlupa aku nak bawa keluarga aku ke Australia untuk bercuti? Argh! Ini gara-gara aku dirisik sampai tak tidur malam. Seusai memakai tudung simple but cool, aku pun bergegas turun ke bawah. Semua bagasi telah disiapkan malam sebelumnya supaya tidak tertinggal apa-apa barang penting.
" Sebelum tu, Min dah fikir untuk terima ke tak lamaran Zahid? Mama dengan Baba tak nak Min buat keputusan terburu-buru. Lagi pula, Izlan tu dah lama menghilangkan diri. " ujar mama.
" Ma, Min akan fikir semasa kita ke Australia tu ye? Sekarang kita enjoy, dah lewat ni. Flight kita pukul 10, sekarang dah pukul 9. Nak ke lapangan terbang hampir sejam. Jom. " sengaja menukar topik supaya aku tidak khayal ketika ingin memikirkan sangat. Semalam aku lewat tidur gara-gara lamaran tu.
**********************************
   " Ah, penatnya. Sampai juga kat Australia ni. Patah pinggang duduk dekat kapal terbang lama-lama. " ujar Meen, yang keletihan.
" Ala, kapal kita tu kapal persendirian. Kau tidur dekat katil tu apa? Tidur tak ingat dunia. " ejek ku.  Bukannya selalu naik kapal persendirian. Itu pun baba sponsor. Kalau aku, pengsan.
" Kak, Meen rasa baik akak terima lamaran Zahid. Baru-baru ni, Meen stalk facebook dan Instagram Izlan, dia curang dengan akak. Dia ambil gambar dengan awek cantik. Siap buat caption, I love her till my last breath. Honey, don't leave me. I do love u. "
" Entah-entah itu salah satu watak dia. Kan dia pelakon dekat New York tu. Lupa ke? " ku tarik hidung Meen kerana geram untuk aku membuat keputusan yang tak pasti.
" Kak, watak apanya? Semua kawan dia doakan diorang kahwin. Siap ada gambar cincin tersarung lagi. Takkan lah berlakon. Kalau betul dia berlakon, kenapa dia tak bagitahu akak dia sedang shooting drama? "
Ku tinggalkan persoalan tu. Ada benarnya juga kata si Meen. Tapi aku masih terkejut apa yang dikatakan oleh Meen, benarkah Izlan ada kekasih baru? Tujuan aku ke sini pun sebab Izlan pernah emel aku, dia akan ke Australia sempena merasmikan syarikatnya yang terbaru di negara itu.
....bersambung...

Adakah Min sempat bertemu Izlan? Apa akan terjadi pada bab seterusnya? Adakah Min akan memutuskan untuk memberi jawapan kepada lamaran Zahid? Adakah Meen benar tentang Izlan yang sudah mempunyai kekasih baru? Sama-sama kita nantikan bab seterusnya... :)
FULLY IDEA FROM MUNAUWARATUL.BS.C
DO NOT COPY/STOLE MY IDEA..

Comments

Anonymous said…
Sy tggu smbngnnye ... :)

Popular Posts