MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



Cara buat coklat homemade berwarna

Bismillah...
Assalamualaikum....


Tadi check keyword hari ni dan satu keyword ni nak tahu cara buat coklat homemade berwarna. Benda ni mudah je..:) so, hari ni nak share cara buat coklat homemade coklat / coklat putih / pink / hijau / warna pilihan..

Bahan-bahan :

  • 1kg Beryl's chocolate strawberry / apple chocolate / white chocolate / mana2 jenama coklat homemade (bukan coklat masakan)
  • double boiler / chocolate melting boiler / periuk kukus
  • acuan / coklat mould
  • kacang / badam / kismis sebagai inti (jika mahu)
  • pewarna dikehendaki (seperti ungu, merah)
Cara-cara :
  • Potong coklat kepada saiz yang lebih kecil
  • Panaskan air menggunakan double boiler / periuk kukus
  • Masukkan kesemua coklat dipotong tadi ke dalam mangkuk boiler / mangkuk biasa.
  • Masukkan mangkuk tadi ke dalam periuk (jangan letak cepat-cepat, elakkan coklat dari terkena air)
  • apabila coklat mulai cair, kacau rata supaya tidak ada lagi ketulan coklat.
  • perlahan-lahan angkat mangkuk tadi dan ketepikan.
  • Asingkan coklat sedikit untuk meletak warna berbeza. Titiskan sahaja beberapa titis untuk mengelakkan warna terlalu kelam/gelap/kurang menarik.
  • letakkan kekacang ke dalam coklat sebagai inti (jika mahu)
  • letakkan dalam acuan yang dikehendaki.
  • sejukkan selama 5-7 minit dan siap!
Amaran :
  • semasa coklat cair, elakkan dari terkena apa-apa cecair kerana coklat ini cepat mengeras apabila terkena air.
  • bagi mereka yang tidak menggunakan double boiler khas tetapi menggunakan periuk kukus, dinasihatkan jangan tutup periuk kerana wap-wap ait akan masuk ke dalam coklat tadi dan coklat tidak akan menjadi.
Mudah tak? :) ala, baca-baca memang macam susah, tapi sebenarnya senang sangat.. Macam buat magi tau.. haha...


Ini contoh coklat homemade pertama yang saya jadi buat... :) Alhamdulillah.. ini tak berwarna, sebab malas nak beli yang berwarna..hihi...

Harga dekat market untuk coklat homemade ni yang pernah saya beli adalah RM13-RM14.. berbaloi lah kan? rasa memang sedap.. nanti saya update kek diselimuti coklat ni.. :) In Shaa Allah, dan mungkin itu entry terakhir untuk hari ini memandangkan esok dah mula naik kolej.. cuti sem sudah habis...

Comments

Shakirah Rosli said…
eh lazatnya tengok.. saya pulak, banyak cita-cita nak masak itu ini, tapi 50% je rajinnya eheh
hihihi...itu perkara biasa....
Unknown said…
Xpayah letak susu ke ?
coklat susu ni je dah ada based menggunakan susu. :) tapi tak pernah pula saya tengok mana-mana resepi menggunakan susu sebab coklat dah sedia manis.

Popular Posts