Penjagaan Lipstick plant




1. Pencahayaan : untuk memastikannya sihat dan produktif, pastikan tumbuhan diletakkan di kawasancsepara teduh seperti di gazebo, anjung atau pergola. ia memerlukan cahaya yang banyak terutama sekali bagi pokok muda tetapi bukannya sinaran yang terik atau terus..
2. Penyiraman : jangan biarkan tanahnya kering dan dalam masa yang sama ia juga tidak becak.
3. Kadar kelembapan : Aeschynanthus (lipstick plant) adalah tumbuhan yang berasal dari kawasan panas dan lembap. Kadar kelembapan yang tinggi adalam amat diperlukannya. Jika keadaan cuaca terlalu panas dan kering, semburlah dengan semburan halus pada permukaan daun-daunnya setiap hati.
4. Pembajaan : berikanlah baja cecair kepada tanaman ini setiap dua minggu sekali.
5.Media tanaman : tanaman ini memerlukan media tanaman daripada tanah gambut dengan saliran baik serta mampu menampung lembapan. pasir boleh juga dicampurkan dalam media tanaman ini bagi memperbaiki salirannya jika perlu.





Sumber dan rujukan : Laman Impiana edisi 42 m/s 37 ("Gincu" merah menyala hiasi taman)


You may also like

No comments:

All content in this website is strictly cannot be copied by anyone. 2010-2016 © munauwaratul.bs.my™. Powered by Blogger.