14 Oct 2024

Resipi : Acar timun mudah

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t....




Siapa sini suka betul acar timun? Saya memang peminat acar timun sampai semua resipi saya cuba, semuanya sedap. Makan dengan nasi minyak + ayam masak merah + acar timun, fuhh layan sangat. Kadang saya ni pelik, makan ratah ke nasi putih + telur dadar pun jadi. 

Sini saya kongsikan bahan dan cara buat, mudah sangat-sangat. Yang pasti AGAK-AGAK sahaja dan untuk resipi ini kebiasaannya saya buat untuk stok seminggu, 2-3 orang makan.



Bahan-bahan :

  • 2 biji timun 
  • 1/2 biji lobak merah
  • 1 biji cili merah (nak pedas boleh tambah lagi) 
  •  2 biji bawang merah
  •  Garam 
  •  Gula 
  •  1 sudu makan cuka


 Cara-cara :


  1. Potong timun, lobak merah mengikut kesukaan (memanjang, hiris dll)
  2. Hiriskan bawang merah. Potong cili merah mengikut citarasa anda (hiris halus, menyenget dll)
  3. Satukan timun, lobak merah, bawang merah, cili merah ke dalam satu bekas.
  4. Masukkan secubit garam, gula (kebiasaan saya letak 2 sudu) dan cuka ke dalam bekas tadi,
  5. Gaul sebati kesemua bahan tersebut.
  6. Simpan dahulu dalam peti sejuk supaya kesemua bahan perasa tadi sebati, minima sejam.

Dah buat?  Sekiranya ada yang kurang pada rasa, boleh tambahkan apa-apa yang kurang okey. Selamat berjaya. 👍

No comments: