MAKLUMAN UPDATE UCAM

Seperti sedia maklum, saya sudah menamatkan pengajian saya di UCAM pada 2015. Jadi untuk sebarang info terkini, boleh layari laman web rasmi :


&



FLORIA 2014 : Mesmerizing Colours

Bismillah...
Assalamualaikum....




Terlebih dahulu saya kreditkan gambar di atas untuk En. Amin, En. Murshid dan Cik Aini...

Saya nak ucapkan tahniah buat pensyarah, senior Kolej RISDA kerana berjaya mengekalkan kemenangan kolej di pesta FLORIA tahun ini.. Walaupun saya tak ambil bahagian dan tak dapat menghadirkan diri ke sana, tapi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih..

Semoga rakyat Malaysia tahu bahawa kolej ini juga mampu melonjakkan nama di persada negara, mungkin dunia.

Untuk info tentang Floria 2014, klik sini ---> Floria 2014.

Tahun ni saya tak berkesempatan ke Putrajaya memandangkan banyak hal perlu diselesaikan, namun apa yang mampu saya bawakan kepada pembaca serba sedikit tentang kemenangan kolej dalam pertandingan ini.




Mungkin pembaca ada terbaca dari mana-mana suratkhabar atau media sosial mengenai program Floria kali ini dan Alhamdulillah kolej Risda mengekalkan kemenangannya buat kali ini. Kolej Risda berjaya memperoleh kemenangan Gold Award di Floria Diraja 2014..

Pelajar yang terlibat adalah pelajar dari semester 5 kebanyakannya dan beberapa pensyarah lain yang turut serta. Idea dan bakat yang terpendam dalam diri setiap pensyarah dan pelajar juga membuahkan hasil dengan memenangi anugerah ini.

Tahniah saya ucapkan kepada pensyarah dan pelajar (senior) yang terlibat.. :) Jom tengok gambar hasil titik peluh mereka.......











Comments

Popular Posts