Assalamualaikum w.b.t....
Siapa sini suka betul acar timun? Saya memang peminat acar timun sampai semua resipi saya cuba, semuanya sedap. Makan dengan nasi minyak + ayam masak merah + acar timun, fuhh layan sangat. Kadang saya ni pelik, makan ratah ke nasi putih + telur dadar pun jadi.
Sini saya kongsikan bahan dan cara buat, mudah sangat-sangat. Yang pasti AGAK-AGAK sahaja dan untuk resipi ini kebiasaannya saya buat untuk stok seminggu, 2-3 orang makan.
Bahan-bahan :
- 2 biji timun
- 1/2 biji lobak merah
- 1 biji cili merah (nak pedas boleh tambah lagi)
- 2 biji bawang merah
- Garam
- Gula
- 1 sudu makan cuka
Cara-cara :
- Potong timun, lobak merah mengikut kesukaan (memanjang, hiris dll)
- Hiriskan bawang merah. Potong cili merah mengikut citarasa anda (hiris halus, menyenget dll)
- Satukan timun, lobak merah, bawang merah, cili merah ke dalam satu bekas.
- Masukkan secubit garam, gula (kebiasaan saya letak 2 sudu) dan cuka ke dalam bekas tadi,
- Gaul sebati kesemua bahan tersebut.
- Simpan dahulu dalam peti sejuk supaya kesemua bahan perasa tadi sebati, minima sejam.
Dah buat? Sekiranya ada yang kurang pada rasa, boleh tambahkan apa-apa yang kurang okey. Selamat berjaya. 👍