Bismillah...
Assalamualaikum...
Ingat lagi tak serba sedikit tentang al-'Ain #1 dan #2? Jika tak ingat atau belum baca, Klik sini.. -->
al-'Ain #1 dan
al-'Ain #2..
Seumur hidup kita,tidak kiralah baru berapa usia kita.. Kita pasti dan akan berjumpa dengan mangsa serangan al-'Ain ini. Yang dikatakan mangsa bukan kerana dia jahat, tetapi dalam istilah Islam, mangsa serangan al-'Ain ni akan melihat perkara yang benar dan mampu membuatkan seseorang merasa bongkak dan hebat kerana dikurniakan penglihatan istimewa.. Ingatlah, tiada kuasa yang lebih besar dari kuasa Allah S.W.T. Seperti yang diriwayatkan daripada Aisyah, " Mintalah pertolongan Allah S.W.T daripada al-'Ain (mata jahat) kerana al-'Ain itu adalah benar". Maksud di sini adalah, sebaik-baik al-'Ain, Allah adalah Tuhan yang Mutlak dan pasti. Jika kita dipertemukan dengan orang ini, hendaklah kita hindari atau pulihkan mereka dengan segera agar tidak berlaku sebarang perasaan hasad dengki atau perkara tidak elok.
Terapi 2 : Pemulihan Orang yang Terkena Serangan al-'Ain
Sekiranya seorang itu telah ditimpa pandangan jahat (al-'Ain), terdapat beberapa kaedah rawatan bagi memulihkannya :
- Sekiranya pelaku yang mengenakan serangan ini diketahuo, dia hendaklah diarahkan berwuduk. Setelah itu, air wuduk tersebut digunakan bagi memandikan mangsa yang terkena serangan ini.
- Disarankan agar membaca ayat berikut :
- Surah al-Ikhlas
- Surah al-Falaq
- Surah an-Nas
- Dua ayat terakhir surah al-Baqarah ( gambar 1.1 - 1.3 )
- Membaca doa ruqyah (gambar 2.1 - 2.2 )
|
gambar 1.1 |
|
gambar 1.2 |
|
gambar 1.3 |
|
gambar 2.1 |
|
gambar 2.2 |
Setelah membaca semua ayat di atas, anda hendaklah meniup pada bahagian yang sakit atau tiupkan pada tangan anda dan usap pada bahagian pesakit. Boleh juga selepas membaca bacaan di atas, anda hembus pada air kemudian berikan air tersebut pada pesakit, sementara baki air dijadikan air mandinya. Lebih baik sekiranya menggunakan air Zamzam, atau air hujan.
❀ Beberapa tip bagi mencegah atau menghindari mata orang yang dengki, antaranya :
- memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatannya
- Bertakwa kepada Allah dan menjagaNya dengan menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya. Sebagaimana sabda Rasulullah: " Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjaga mu. "
- Bersabar atas orang yang dengki dan memaafkannya, mengeluhkannya dan tidak menceritakan gangguan-gangguannya atas dirinya meskipun ia menyakitinya.
- Tawakal kepada Allah, kerana siapa yang bertawakal kepada Allah, maka DIa-lah Yang akan mencukupinya.
- Tidak takut kepada orang yang dengki dan tidak menyibukkan hati dengan memikirkannya dan ini merupakan ubat yang juga bermanfaat.
- Menghadap Allah ( berharap hanya kepada-Nya ), berbuat ikhlas epada-Nya serta mencari keredhaan-Nya.
- Taubat dari segala macam dosa, kerana taubat itu dapat membantu seseorang dalam melawan dan mengalahkan musuh-musuhnya. Allah berfirman:
- Bersedekah dan berbuat baik sesuai dengan kemampuan. Ia mempunyai pengaruh yang sangat menakjubkan dalam menolak bala, menolak pengaruh mata yang berbahaya dan kejahatan orang dengki.
- Memadamkan 'api' kedengkian orang yang khianat dan orang yang menyakiti, dengan cara berbuat kebaikan kepadanya. Jadi setiap kali gangguan, kejahatan dan kedengkian itu bertambah pada dirinya, maka tambahkan pula kebaikanmu kepadanya, diikuti dengan nasihat dan rasa kasihan kepadanya.
- Memurnikan tauhid dan mengikhlaskan ibadah hanya kepada Allah yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana, kerana sesuatu tidak dapat membahayakan atau memberikan manfaat kecuali dengan izinNya, Dialah yang menghimpunkan semuanya. Dengan demikian, tauhid merupakan benteng Allah yang paling agung yang siapa memasukinya, maka dia termasuk orang yang aman.
No comments:
Post a Comment