Kemudahan di Kolej RISDA
Assalamualaikum....
Muna buka fanpage blog dan terdapat seorang gadis memberi pendapat untuk berkongsi kemudahan di Kolej RISDA.. Terima kasih pada adik Syarah Wahidah kerana mengemukakan pendapat..:)
Seperti sedia maklum, kolej RISDA masih dalam proses untuk menaik taraf sistem kepada kolej universiti dan In Shaa Allah akan terlaksana tahun hadapan. Walaupun begitu, kolej RISDA kampus Melaka telah menaik taraf beberapa infrastruktur yang ada dan menambah beberapa bangunan untuk kemudahan pelajar dan pensyarah.
- Asrama Dalam [Mawar (A)] dan Asrama Dalam [Seroja (B)]:-
- terdapat 3 aras di asrama mawar dan terdapat beberapa buah bilik disediakan di setiap aras.
- Aras 1, atas (A1-**/B1-**) : terdapat hampir 14 buah bilik dan memuatkan 56 orang di aras tersebut.
- Aras 2, tengah (A2-**/B2-**) : terdapat hampir 50 buah bilik termasuk bilik tv, stor dan memuatkan hampir 180 orang di aras tersebut. Aras 2 ini merupakan aras paling panjang dan besar berbanding aras 1 dan 3.
- Aras 3, bawah (A3-**/B3-**) : terdapat hampir 14 buah bilik dan memuatkan 56 orang keseluruhan.
- Tandas : disediakan disetiap aras. Aras 1 dan 3 terdapat 2 ruang bilik air di setiap penghujung aras ( 2 bilik mandi, 2 tandas, ruang mencuci baju ). Tandas di aras 2 pula terdapat 4 ruang bilik air di setiap penghujung aras ( 4 bilik mandi, 4 tandas, ruang mencuci baju )..
- Court : ruang kosong ditengah-tengah asrama untuk aktiviti riadah seperti bermain badminton, perjumpaan dll.
- Pintu masuk utama : mesin air minuman ringan turut disediakan.
- Internet : kemudahan wifi disediakan.
p/s : asrama seroja ni muna tak berapa tahu sangat memandangkan tak ramai kenalan dekat situ.. hehe..
- Bilik
- 4 katil setiap satu bilik.
- Tilam sahaja disediakan, jadi bawa siap-siap bantal. Tentang cadar tu, bergantung pada warden. Sepanjang 3 semester duduk situ, cadar tak disediakan.
- 2 almari, 4 pintu. Laci ada 2, bawa siap2 hanger ye.. pewangi almari pun boleh..
- 4 meja, 4 kerusi. Laci juga ada, dinding boleh lah hias dengan apa-apa yang berfaedah..
- Asrama Anggerik (jauh dari kolej, Simpang Ampat)
- hanya untuk lelaki.
- terdapat beberapa dorm disediakan dan setiap dorm ada television dan berenda (betul ke ni? hihi)
- wifi tidak pasti, sebab muna duduk asrama dalam.. hehe..
- Asrama Samudera (tak pasti ada atau tidak, jauh dari kolej)
- Asrama Teratai ( sama seperti anggerik, tapi campur.. Ada lah dorm lelaki dan perempuan )
- Asrama Melur ( lelaki sahaja, Sijil Kemahiran Malaysia )
- Ladang
- kesemua pelajar kolej kecuali pelajar landskap, sains komputer.
- tapak kini semakin luas.
- tidak jauh dari asrama.
- Hall dan classroom (4 classroom, perpustakaan, 2 bilik hall, perkarangan hall)
- digunakan apabila ada majlis rasmi dan tidak rasmi.
- classroom ada 4, dan mampu memuatkan 40 orang pelajar dengan selesa.
- perpustakaan disediakan dan terdapat kemudahan wifi. banyak juga buku berguna.
- bilik hall yang luas dan mampu memuatkan 80-100 pelajar.
- bilik hall boleh digabungkan dan sering kali digunakan untuk majlis.
- tandas juga disediakan.
- Makmal sains
- terdapat 4 makmal sains dan memuatkan lebih kurang 40 pelajar dengan selesa.
- berdekatan dengan pejabat dan hal ehwal pelajar.
- selesa juga duk sini. hehe
- Bangunan baru
- muna tak pasti lagi ni bangunan untuk apa. sama ada pejabat atau bilik pensyarah memandangkan bangunan ni belum rasmi digunakan.
- erdapat 3 tingkat.
- Ruang istirehat/legar
- terdapat ruang legar berhampiran pondok pengawal dan dahulunya diletakkan sebagai tapak parking bas.
- sini dekat depan kubur tau, hehehe...jangan lah lepak malam2 kalau tak nak kena ganggu... gurau je.. :p
- Kemudahan bas kolej ( 5 buah bas, termasuk 2 bas baru ).
- Kemudahan van kolej.
- Bas persiaran juga disediakan jika nak keluar ke bandar melaka, balik kampung.
- Teksi juga terdapat di kolej ini.
Mungkin ini je yang dapat disingkatkan. :) sebarang soalan, boleh diajukan diruangan komen. Jika terdapat kesilapan, boleh juga diperbetulkan.. :)
Bagi ada yang ingin berdaftar di Kolej RISDA Kampus Melaka, boleh rujuk sini --> Pendaftaran..
P/s : edited on 23 Julai 2018. Saya telah tamat belajar di sini, jadi untuk sebarang persoalan berkaitan universiti, boleh layari laman facebook rasmi UCAM . Berlaku beberapa perubahan selepas saya tamatkan pengajian di sana. ☺
Comments
Ada juga court disediakan untuk riadah petang..
:)
ramai student macam adik kat kolej tu.. jadi, jangan risau... Warden atau fellow kat situ sangat prihatin dengan pelajarnya..
dekat UCAM tu BANK apa yang ada ye?
Bank Islam,CIMB ke camne tu???
Mohon jawapan ye....
Program peniagaan dan pengurusan luar bandar